Showing posts with label razak familly. Show all posts
Showing posts with label razak familly. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Lagi gambar bercerita

Read more...

Monday, June 14, 2010

Tentang Aqeef

Terbaru mengenai Aqeef. Anak saudara saya masih lagi demam kuning. Ketika keluar hospital beliau sudah sihat. Jadi dibenarkan untuk keluar hospital. Tetapi saya mendapat tahu beliau kini masih demam kuning. Opah manjoi beliau begitu menjaga beliau dengan teliti. Menurut emak saya pagi-pagi Aqeef mandi dengan air basuhan kucai [tak tahu kenapa kene guna air basuhan kucai], minum susu kambing dan ada beberapa perkara saya sudah lupa. Menurut emak lagi, Aqeef sudah kecut sedikit muka beliau [maklumlah muka beliau masa baru lahir kan bersemangat]. sempat lagi emak memuji beliau. Emak cakap Aqeef lagi comel daripada kakaknya si Damia jantung hati keluarga.

Semoga Aqeef saya sihat dan tidak mempunyai jangkitan penyakit lagi. Sangat kesian kepada beliau. Bayangkanlah lembab biru-biru lengan beliau disebabkan nurse mengambil darah. Jauhkanlah Aqeef daripada penyakit itu. Amin

Read more...

Wednesday, June 9, 2010

[pic] cuti wesak dan kelahiran aqeef

Lagi gambar semasa cuti wesak dan hari kelahiran Aqeef Amsyar.













 

 

Read more...

Saturday, June 5, 2010

Tentang Aqeef

Wah tak pernah-pernah update hujung minggu tapi hari ini satu sejarah bagi hidup saya. Saya update blog saya [wahhh tahniah huda]. Baru tadi saya terima khabar tidak baik. Anak saudara baru saya, Aqeef kena kuning. Kuning dia tinggi sangat menjangkau 320++. Rasa mahu pulang Ipoh sahaja. Melihat kesihatan Aqeef saya. Tapi disebabkan hal tidak dapat dielakkan saya TERpaksa tahan diri untuk tidak pulang menjenguknya. Doa saya dari jauh. Semoga anak saudara baru saya, MUHAMMAD AQEEF AMSHAR sihat hendaknya..
Aqeef ditahan ward ketika ini.

Read more...

Thursday, June 3, 2010

Tentang Damia

Saya sangat rindukan beliau. Hampir empat bulan saya tidak ketemu. Mahu pitam dengan peragai beliau sekarang. Penat tetapi menghiburkan. Damia sekarang sudah 1 tahun 10 bulan. Sudah semakin pintar.

Jadi kakak
Bila ditanya damia kaklong ker kakyong. Dia akan menjawab kakyong. Dia sangat jeles dengan kehadiran putera didalam ahli keluarga kami. Mana tidak cemburu beliau baru sahaja hendak mencapai umur 2 tahun tetapi sudah ada adik [pesaing terbaik]. Mula-mula jumpa adik beliau di hospital muka masam sahaja. Sehinggalah ibu beliau memegang beliau baru boleh tersenyum. Tetapi hanya sedikit. Saya faham perasaan beliau. Beliau suka membelai pipi adik beliau [belai secara kasar]. Ini menakutkan emak saya. Maklumlah pewaris razak ramlan. Beliau tidak boleh opah beliau memegang adik beliau. Mesti nangis tidak ingat dunia.

Bersoal jawab
Saya pulang hari khamis tengah hari. Ini disebabkan oleh emak yang sangat merindui risau cucunya. Emak risau dalam perjalanan waktu malam budak-budak mudah tertegur. Jadi harus 1/2 day. Dalam perjalanan Ipoh-Taiping mulut damia tidak pernah berhenti membebel [mulut berek = kakak saya sewaktu kecil]. Saya suka mendengar suara yang keluar daripada mulut si kecil. Menurut ibunya bila ditanya antara dua beliau akan menjawab yang belakang sahaja. Contohnya 'Damia busuk ker wangi?' Damia 'wangi'. 'Damia wangi ker busuk?' Damia 'Busuk' [sambil tangan mengipas-ngipas hidungnya]. TETAPI satu soalan yang diajukan oleh kakak saya membuatkan saya ketawa besar. Aduh damia sungguh pelawak. Kakak 'Mia nak main playground ker jumpa opah?' Damia 'Opah'. Kakak 'Mia nak jumpa opah ker main playground?' harus damia menjawab playground tetapi beliau menjawab 'Ntahlah'. Memang perkembangan otak yang bagus.

Gelagat beliau
Malam sabtu kami semua pergi ke Tesco. Semua orang geleng kepala melihat beliau yang terlampau aktif. Sehinggakan ada seorang aunty cina itu menanyakan kepada emak saya susu apa yang beliau minum. Aduh damia achik nurul memang rasa nak pukul jer dengan perangai kamu. Tetapi disebabkan sayang yang mendalam disabarkan sahaja. Mana tidak pening beliau boleh main sorok-sorok dengan kami semua. Kalau hilanglah anak orang macam mana? Tolak troli itu jangan kiralah. Memang kuat tenaga beliau. Emak saya memang tidak kuat untuk menjaganya seorang diri.
Malam ahad di Econsave perkara yang sama diulangnya lagi. Tetapi ini lagi teruk kerana beliau boleh merangkak di tengah-tengah jalan. Beliau ambil bekas letak beras dan baling kebawah. Aduh mujur tidak pecah, kalau tidak opah terpaksa membelinya.
Malam isnin di Econsave lagi. Datang kesini kerana menukar barang yang tidak elok. Emak saya sudah pesan kepada kami semua supaya berjaga-jaga dengan pergerakkan beliau. Tetapi adik saya sambil bakul yang boleh tolak dan meletakkan beliau disitu lalu ditariknya. Damia sungguh takut. Menangis beliau. Emak saya tidak sampai hati melihat cucunya didalam bakul. Tetapi dengan berada di bakul beliau sangat baik perkerti. Alhamdullilah.. Ada juga benda yang boleh menakutkan beliau. Tetapi beliau bukan mudah serik. Bila disogok-sogok mahu masuk kedalam bakul lagi beliau tidak kisah malah ketawa terkekek-kekek. Seronok pula. Menangis apabila mendokong beliau. Seperti biasa opah beliau akan memujuk dan berkata akan membelikan bakul seperti itu. Baru berhenti menangis.

Seorang yang pintar
Bukan saya mahu memuji kepandaian beliau [walaupun nampak sikit puji yang TERlampau] tetapi saya memang kagum dengan daya pemikiran beliau. Apabila dicerakinkan abjad ABC dan 123 beliau akan mencantumkannya kembali. Tidak perlu siapa mengajarnya. Sudah tahu berkata-kata yang tidak dapat saya gambarkan [banyak mulut sebenarnya]. Sudah tahu mengajuk kata-kata orang lain. Susah juga kalau ada kata-kata -ve yang didengari beliau.

Kuat makan
Sumbatlah apa sahaja walaupun baru bangun dari tidur beliau akan makan dengan semagat. Bila ditanya mia lapar ker. Tak pernah cakap tak semestinya menjawab lapaq. Kalau orang melihat dari segi kekalutan makanannya mesti orang akan mengatakan emak saya tidak memberinya makan. Lagi satu kalau beliau bosan apabila disuap beliau akan cakap bahasa beliau dan mahu makan sendiri. Kalau makan sendiri makanan lagi banyak jatuh daripada masuk mulut beliau. Lagi satu kalau makan apa pun mahu dicicahnya dengan air ataupun sos. Aduhai mia makan donat cicah air teh o dan makan timun cicah sos cili.

Suka bergambar
Memandangkan kehilangan kamera saya dan sudah tidak sempat membelinya lagi semua gambar damia saya ambil mengunakan kamera telefon saya. Apabila beliau ternampak telefon terus memberinya kepada saya dan mulalah posing yang mengancam jiwa. Hahaha pandai pula buat apa yang disuruh. Tetapi apabila tiba di Ipoh, saya sudah membeli kamera baru. Lagilah posing beliau mengancam.

tambahan : Beliau memegang susu segar kakak ipar saya. Ibu beliau mengatakan ini bukan damia punya. Ini baby punya dah. Sambil tersenyum beliau mengatakan aby unyer.. Sedih juga beliau tidak puas lagi menyusu badan.



Read more...

Wednesday, June 2, 2010

Ahli Baru Kami

Okey ini post saya yang ke 101. Cantikkan nombor ini;p
Sebenarnya, saya baru sahaja pulang dari kampung tercinta saya. Memang memenatkan TETAPI dengan kelahiran Muhammad Aqeef Amshar tidak terasa penatnya. Kakak beliau sungguhlah payah untuk dijaga. Sangat aktif orangnya. Saya berserta adik beradik yang lain tidak mampu menjaga beliau. Emak saya cakap kalau budak-budak aktif maknanya minda beliau pun bergerak. Okey damia semakin pintar. Ajar sedikit sahaja sudah boleh mengulangnya kembali. Nanti saya akan sediakan cerita beliau semasa menjaga beliau di musim cuti saya ini.

Amshar menyerupai muka kakaknya tetapi dia versi lelakilah. Sangat hensem [sila abaikan pujian ini]. Amshar menangis sangat halus. Lembut sangat selesa mendengar tangisan beliau. Semoga beliau pintar seperti kakaknya.

* Sangat penat semalam sampai SA pukul 12 tgh malam. Macam mahu pitam saja saya ini.

Read more...

Wednesday, May 5, 2010

amirah damia

Read more...

Tuesday, April 6, 2010

ahli baru

Saya bakal dapat anak saudara baru:)

yeaahh
YEAAHH

Nanti Amirah damia tidak akan disayangi 100% kerana anak saudara baru saya seorang
HERO
[padan muka mia sapa suh sombong sangat dengan achik nurul]

lalu Abdul Razak Ramlan sudah ada waris.
Mohon sangat Ya Allah semoga cahaya mata yang baru didalam keluarga Razak ini seorang LELAKI.

Bulan 5 ini insyaallah baby tue akan menjenguk dunia. Mintak beliau sempurna hendaknya.

Read more...

Monday, April 5, 2010

Nilai 3 + menculik emak :)

Sangat penat hari ini. Semalam saya pergi Nilai 3 bersama emak akak dan lalink. Jumaat lalu emak saya pergi mengikut rombongan orang kampung ke Melaka. Sebelum balik ke Taiping bus tersebut singgah di Nilai 3. Jadi saya sepakat bersama kakak mahu menculik emak di Nilai. Sekarang emak saya berada di rumah kakak saya. Sungguh happy. :) Takdelah sangat saya merindui emak saya.

Semalam sangat kesian pada lalink kerana beliau tidak tidur pada malam kemarin. Sangat kesian melihat matanya yang layu kekurangan tidur. Disebabkan untuk mengambil hati saya kakak dan emak beliau sanggup. Sangat terharu sekali. Berjalan-jalan membeli apa yang patut.

Sampai di Shah alam [rumah akak saya] terus saya tidur. Lalink pulang kerumah beliau dan berjanji mahu menjemput saya malam nanti. Kesian lagi sekali lalink terpaksa berulang alik lagi sekali.

TERIMA KASIH YA SAYANG..:)

p.s : tak sabar tunggu hujung minggu kerana mahu makan masakan emak saya. Sanggup akak saya membeli dapur semata-mata tidak mahu emak saya boring di rumah.
p.s : pandai juga saya bargain tak sangka saya dapat membeli barang dengan harga yang murah.
p.s : hari ini abanglong kak wani hajar dan damia ke genting dan saya tidak ikut kerana tidak memohon cuti disebabkan kerja yang ada.

Read more...

Monday, March 29, 2010

Tentang Damia

Lagi tentang Damia. Anak buah saya yang sudah semakin pintar dan nakal. 2 minggu lepas sepupu saya berkahwin dan seperti biasa semua sanak saudara meraikannya. Saya pulang ke kampung tengah hari jumaat. Memang risau jikalau terlambat sampai. Almaklumlah mahu pulang kekampung saya itu harus melalui hutan banat. Memang menakutkan sangat. Abang saya terpaksa pulang lewat kerana kakak ipar saya mahu berjumpa doktor terlebih dahulu. Jadi wajib saya mengambil damia dan ina untuk pulang ke kampung.

Sampai sahaja di Selama jam menunjukkan pukul 6 lebih dan saya terus meletakkan damia kepada emak saya. Maklumlah opah yang terlalu merindui cucu tunggalnya. Saya tak tahu macam mana ttiba-tiba sahaja damia sudah berada di buaian hak milik ramai. Dan kanak-kanak yang lain berada di keliling beliau. Saya begitu terkejut damia pandai menyanyi. Sangat teruja mendengar suara beliau. Menabjubkan.....:)

Tu, Uwe, Iga ( satu dua tiga)

lalu berbuailah buaian tersebut


wai aju aju
ampai popop ena,
~~ alam aju,
~~~~~~~
emcum emcum emcum ( sambil badan melentok lentok )
uwong akak uwe


 
so chomelll sekali damia. tetapi ada yang tak best tentang damia. Buaian itu dijadikan hak milik abadi beliau. Boleh kah begitu?? Maklumlah sebelum ini semua barang tidak pernah berkongsi. Beliau lah ratu permata. Ada sepupu beliau (kakak ina) ingin bermain buaian. Terus beliau pergi dan memarahi kakak sepupu beliau.

Epi lah (nada perlahan)
Epilah (sedikit kasar)
Epilah (marah+menjerit+ menolak kakak sepupu beliau)

Begitulah telatah beliau. Haiiiiii.......

Read more...

Thursday, March 18, 2010

Tentang Hajar

HAPPY BUFDAE SITI HAJAR ABDUL RAZAK

Hari ini genaplah usia adik saya 21tahun. Sudah boleh mendapat kunci kehidupan sendiri. Diharap apa yang adik saya idamkan, impikan menjadi kenyataan. Akak ada kat shah alam jadi tidak boleh beli kek untuk kamu. Takpelah pegilah raikan bersama pokok besar kamu [haikal]. Tapi jangan noty2 tahu.

Read more...

Thursday, February 25, 2010

Tentang Damia

Nur Amirah Damia. Umur 1 tahun 7 bulan.

Disaat ini, ketika ini damia sudah boleh mengenal makcik2 beliau.

1. Beliau memang suka bergambar. Tak tahu ikut siapa.
 
2. Beliau suka menari ikut rentak muzik. Sangat terhibur dengan gelagat beliau. Saya mahu mengambil video beliau tetapi pabila terpandang camera beliau stop dan start posing.

3. Suka menjerit apabila benda yang dipegang dirampas.
4. Akan menjerit sekuat hati NOOO apabila kita mendukung beliau ketika beliau berlegar-legar di mall.
 
5. Sudah pandai mengira bersama opah beliau
opah : One
damia : To
opah : Three
damia : Por
opah : Five
damia : cik
opah : Seven
damia : eit
opah : Nine
damia : Ten dan akan mengangkat tangan kedua belah.

6. Mengenal angka2.
7. Kalau mahu kemana beg barney akan dibawa bersama. Dan akan meminta cucu (susu).
 
beg barney beliau
8. Mia tidak boleh bercakap lancar. Kalau mahukan makanan (jajan) belaiu akan bercakap nak dan terus tunjuk dekat mulut beliau. Sungguh comeelll.
 
9. Mia gemarkan bunga. Suka sangat ambil bunga opah dan selitkan ditelinga.
10. Sukakan lagu bunkface lagu nobady lagu poco2

 
Bersama kolam air beliau

Read more...

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP