Showing posts with label hujungminggu. Show all posts
Showing posts with label hujungminggu. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Happy bufdae n Happy anni (in advance)

Happy bufdae Huda ;) [in advance]

Haaaahhaa perasankan saya. Ingat muda lagikah saya mahu bufdae party bagai nih? Sebenarnya lalink dan kawan-kawan telah membuat plan untuk meraikan hari lahir saya yang ke 25tahun [jubli perak tuhhh] di Port Dickson. [malu sebentar dengan party yang dibuat]. Sebenarnya bufdae saya hujung minggu ini. 23 May 2010.

Kenapa diadakan awal.

Awal bulan lalu lalink telah berbincang dengan koe dan nurul tentang sambutan bufdae saya [maklumlah masa tue nurul tanya takde plan mahu ke manakah? terus lalink usulkan]. Bila berbincang mereka sepakat mengadakan awal disebabkan hal tidak dapat dielakkan [abang koe bertunang]. Hal tersebut diluar pengetahuan saya. Oke boleh pulak yerr. Disebabkan sifat saya yang kipochi mesra ini, nurul terlepas cakap tentang majlis berkenaan. Hahaha tulah sapa suruh pa simpan2 rahsia daripada huda. Kan dah bocor. Sebenarnya kebetulan saja saya chat dengan nurul. Saja ajak beliau mandi kat ulu yam [minggu saya tidur rumah beliau sepatutnya plan mahu kesitu tetapi dibatalkan disebabkan lalink sibuk] Jadi saya saja ajak kemungkinan menjadi plan ini. Pada masa tue nurul cakap aspa kata kita pegi PD dan nanti wat BBQ. Dalam hati yeyer lah tue. Senyum jangan marah huda suda pa.

Kenapa PD

Ada haritu, tengah tekun saya membuat kerja melayan cerita korea  lalink terlefon saya.

Aspa: Da suka sejuk ker suka pantai
[dalam hati buang tebiat ker beliau]
Saya: Apasal pulak tanya begitu pa?
[tengah memikirkan tempat yang mahu dipilih]
Aspa: Saja lah tanya. Mana tahu ada rezeki boleh kita pergi.
Saya: Pantailah
[betul saya mahu kepantai kerana terfikirkan tempat sejuk GENTING itu selalu kot pegi]

Disebabkan saya menjawab pantai jadi beliau menyambut Hari Lahir saya di PD
[mana tahu tempat sejuk beliau maksudkan ialah cameron.. Haiiiihh melepas mahu makan strawberi] 

Tetamu yang dijemput
Tentulah Hilmi dan nysa [kan lalink baik sangat dengan hilmi dan saya dengan nysa]
Koe dan nurul
Jawa dan ika
Wan puncak dan intan
Ijat, nabila dan yayed.

Hilmi dan nysa tidak dapat hadir kerana mereka mahu berjumpa Q241B yang lain. [main gokart kot, sangat jeles i noq]
Jawa dan ika juga tidak dapat hadir kerana keadaan kereta yang tidak ber air-cond.

Tetapi saya happy sangat dengan majlis ini

[ lalink bisik dekat saya mengatakan majlis ini disekalikan dengan majlis anni kami yang ke-dua tahun setengah;) ]

Tq lalink kerana mengadakan majlis tersebut. Habis duit kamu cheti mana kamu hutang hahahaa;p
Kek Jubli Perak saya ;)
Blow da candle ~~
Terharukah saya ketika ini ;D
Happy Bufdae Noorul Huda
Nabila dan Nurul
nurul dah 6 bulan dah sekarang. Berseri noq
Ijat dan yayed (org kuat panggang)
Tak pernah lepas dengan telefon beliau.
Bz kalah menteri. Copy ayat nysa;)
Orang kuat makan. Perut suda boroilah pa
Panggangan terakhir
Tengok masih dengan telefon beliau

KEESOKKAN HARINYA :
Saya dipagi hari. Muka fresh baru bangun tidur.
[bangun dari tidur terus suruh orang amik gambar dekat balkoni]
Di pantai tempat penginapan kami.
Nurul tidak turut serta disebabkan sedikit hal dihadapinya

Bukti saya di PD
Saya di pantai bermain air + matahari
Saya di Pool. Elakkan kehitaman di pancaran matahari
Tidak tahan dengan dugaan lalink turut serta mandi manda
Nabila berenang
Saya diselamatkan oleh beliau
Tempat tinggal kami. *CORUS*
Sudah mahu pulang. Bye PD welcome SA

Read more...

Friday, May 14, 2010

Menanti penuh debaran

Esok hari babes q2-41b mahu berjumpa. Mesti banyak sungguh umpat mengumpat gosip mengosipkan diri. Malangnya saya tidak dapat turut serta. Bayangkanlah paling terakhir kami berjumpa semasa di Goldcoast Sepang. Lama sungguh. [Maklumlah sibuk mengalahkan menteri ;p] SUNGGUH saya dengki dengan mereka semua dapat berjimba bersama.

Sebenarnya sebab utama saya tidak dapat turut serta kerana lalink mahu menyambut hari lahir saya di PD [sebenarnya lalink plan dengan yang lain tetapi terbongkar juga akhirnya. saya kan kipochi ] Tetapi baru-baru ini lalink macam pening sahaja memikirkan mengenai hal ini. Almaklumlah beliau baru sahaja berhabis RM di Thailand minggu lepas.

Saya akan tunggu hari esok dan apakah plan yang sebenarnya. Hehehe ;p Kalau tiada apa-apa plan yang terjadi saya akan menghubungi babes saya menanyakan dimana lokasi mereka. Saya akan TURUT bersama;)

Semasa menonton shopaholic
Semasa ketiada naddy di sini.

*juliana tiada disini kerana beliau berada di Seremban.

Read more...

Monday, May 10, 2010

Iron Man 2

Semalam sangat bosan. Tidak tahu mahu membuat apa lagi. So, saya bersama kakak saya pergi menonton wayang. Iron man 2 menjadi pilihan. Okey cerita ini. [sebenarnya saya tidak pernah menonton iron man 1 jadi kurang gemarlah unutk pilihan cerita ini TETAPI memandangkan akak saya TERlebey excited mahu menonton jadi diturutkan juga] ;)

Sesudah itu seperti biasa sessi berjalan-jalan menghabiskan masa terluang. Masa masuk ke MNG saya terbekenan dengan purse itu. [sebenarnya masa di MNG bukit tinggi lagi sudah perasan] jadi saya mahu membelinya.

Dengan sifat kurang tahap sabar saya ini biasalah gelojoh saya terus memindahkan semua kad dan RM kedalam purse baru. Adatlah yang lama sudah tidak serupa lagi purse. Pindah punya pindah, kemas punya kemas finally masa untuk menutupnya. Tetapi malang sungguh saya, purse itu tidak boleh ditutup. Agak geram jugalah. Mahu menangis sepuas hati. Disabarkan oleh akak saya. Akak saya menelefon no tel yang tertera di resit mengatakan tentang purse berkenaan.

Purse boleh ditukar tetapi saya sudah tidak berkenan dengan jenis yang lain. Bercadang menukarkan dengan handbeg sahaja. Alamak saya sudah tiada purse lah. Kenapalah ini nasib saya [bercadang mahu membeli purse CR @ Espritt]

Read more...

Thursday, May 6, 2010

Berjimba di GENTING

Hujung minggu saya lalink nurul intan koe dan wan ke genting. Niat untuk menemani nurul yang mengindam ke sana. Maklumlah pembawakan budak. So tidak menghampakan beliau kami semua menemani beliau. Sekarangkan sangat panas tetapi di sana sejuk nyaman sekali. Sangat suka ;)
Tarikh : 2 - 3 mei 2010
sudah mahu pulang ke tempat tidur. Penat tapi enjoy :)

*pagi tu saya mandi di Shell gombak sebab genting tiada air. Boley plak gitu yer.....

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

meniti hari

Tinggal lagi beberapa hari saja lagi untuk wan hani tinggal bersama kami semua. Beliau hampir menamatkan pelajarannya. Selepas ini beliau menjalani praktikal di Ipoh Perak. Kampung halaman beliau. Oleh sebab itu, saya, huda dan sis zakiah keluar mengisi angin. Pergi makan di SACC Mall dan terus bergerak ke Ole-Ole untuk sessi berkaroke.







Read more...

Monday, April 26, 2010

BROGA HILL

Pada jumaat lalu lalink telefon mengatakan hilmi mahu mengajak beliau bersama saya untuk mendaki bukit BROGA. Seperti minggu lalu juga hilmi mengajak kami berdua tetapi disebabkan ada urusan yang penting maka kami tidak turut serta. Jadi pada minggu lepas sebarang alasan lalink tidak diterima oleh hilmi.

Pukul 11:00 malam (jumaat 23 april 2010) lalink menjemput saya mengatakan kami akan bergerak ke Semenyih Selangor. Saya sekadar bersiap ala kadar kerana sebelum itu saya keluar bersama teman serumah. Packing barang yang diperlukan [nasihat daripada nysa ramly] gerak ke KJ. Jumpa di depan rumah hilmi dan bergerak mencari Hotel disekitar Semenyih. Dalam sekitar pukul 2:00 pagi tidur-tidur ayam kerana keadaan menakutkan saya. Pukul 4 lebih pagi bangun dan bersiap. Gerak pukul 5:30pagi. Berhenti dahulu kerana lalink mahu membeli air panas.[tongkat ali] Pukul 6:oopagi bermulalah sessi mendaki bukit untuk menawan puncak Broga.

Tiba di 1st peak lalink memang sangat lemah dan letih. Sangat kecian melihat beliau. Beliau mengikut saya kerana saya begitu teruja mahu kesitu. Saya menemani beliau disitu. Beliau membebel seorang diri. Saya hanya melihat orang ramai mendaki untuk meneruskan perjalanan mereka. Terdiri daripada berbilang kaum. Lalink memberitahu saya inilah kali pertama dan inilah kali terakhir beliau mendaki. Ini disebabkan beliau terlalu penat. Saya hanya mendiamkan diri. Lama tak lamalah saya disitu sehinggalah matahari pun terbit. Sangat cantik pemandangan pagi ciptaan Allah.


Selepas itu, lalink sudah malas mendaki. Berhasrat mahu menunggu yang lain disini sahaja. Tiba-tiba hilmi menelefon lalink dengan mengatakan beliau dengan yang lain berada berdekatan kami sahaja. Oleh itu, lalink dan saya mendaki lagi kearah mereka semua.




berada di puncak..yeahhh

tabik


<3





Inilah pengalaman saya semasa di BROGA HILL

*saya sakit sangat badan-badan sehinggakan mahu membuka baju pun tidak larat
*lalink digelar 'aspa tongkat ali'
*sangat terharu kerana lalink sanggup bersusah payah mendaki bukit ini kerana saya
*tq Hilmi kerana menaja penginapan untuk kami semua
*nysa bagi saya kasut merah.Cantik sangat;)tq nysa

Read more...

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP