Sentapnya LIRIK itu
Malam ini yang dinantikan supaya saya tidak tidur awal seperti biasa dan tidak akan terjaga dikala pagi hari. Sebelum ini saya sering terjaga dan akan mengingati beliau. Aktiviti malam ini ialah menghabiskan novel yang tidak saya khatam lagi [wajib mengingati setiap ayat yang saya suka]. Tetiba terlihat kakak saya bermain soduku. Terus terasa cemburu kerana saya tidak khatam lagi untuk menghabiskan soduku saya itu. Novel terus ditolak ketepi dan mengambil Mr Blackya saya. Permainan dimulakan. Dengan keazaman yang tinggi , mengunakan seluruh kekuatan otak fikiran , kecekalan terhadap permainan soduku ini Alhamdullillah saya berjaya juga malam ini. PURE SODUKU kamu memang menduga iman dan kecekapan otak yang berkarat ini.
Sedang enak bermain untuk game kedua [maklumlah sudah menang game pertama..kekembangan hidung terserlah] tiba-tiba di vaio pink kakak saya memutarkan lagu MEET UNCLE HUSSIEN laguku untukmu. Sangat tersentap. Serius saya katakan. Bait lirik ini menguris hati kecil saya.[Dua insan yang tak mungkin bersatu,cukuplah sampai disini saja hubungan kita bersama] Terus saya letak Mr Blackya ketepi dan berlalu ke toilet. Menangis sehabis mungkin. Berjujuran air mata ini. Sangat sedih. Kenapalah akal fikiran otak saya ini kuat mengingati beliau. Sedangkan beliau sedang bergembira dengan kawan-kawan baik beliau. Terasa ingin menghubungi dan mengadu kepada beliau tentang kehidupan perit yang saya lalui kini. Tetapi itu tidak mungkin kerana beliau langsung tidak peduli terhadap rayuan saya dan setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut beliau terlalu perit untuk saya terima. Saya harus bina kekuatan ketabahan kekebalan dan membuang kesedihan yang saya alami kini. Tetapi bagaimana?
Saya sedih untuk berjumpa orang kawan-kawan saya. Saya membawa diri kerumah kakak saya. Saya tidak boleh berhadapan dengan budak rumah saya tidak boleh ketemu geng jorjes saya. Tidak tahu mengapa fikiran saya menghalang untuk saya berjumpa mereka semua. Setiap hari emak dikampung mesti menghubungi saya. Bertanyakan keadaan saya. Alhamdullillah emak saya memahami naluri dan jiwa saya. Emak banyak memberi perangsang untuk saya meneruskan hidup tanpanya. Keluargalah harapan saya bergantung kini. Maaf kiranya saya mengabaikan kawan-kawan saya tapi kini saya tidak kuat untuk ketemu mereka sendirian [selalu saya akan bersama beliau untuk melengkapkan geng ini]
Ubat yang paling mujarab yang kini saya lakukan iaitu mendekatkan diri kepadaNya. Hanya itu dapat menenangkan hati dan perasaan saya kini.