Showing posts with label berdua lebih baik. Show all posts
Showing posts with label berdua lebih baik. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Happy bufdae n Happy anni (in advance)

Happy bufdae Huda ;) [in advance]

Haaaahhaa perasankan saya. Ingat muda lagikah saya mahu bufdae party bagai nih? Sebenarnya lalink dan kawan-kawan telah membuat plan untuk meraikan hari lahir saya yang ke 25tahun [jubli perak tuhhh] di Port Dickson. [malu sebentar dengan party yang dibuat]. Sebenarnya bufdae saya hujung minggu ini. 23 May 2010.

Kenapa diadakan awal.

Awal bulan lalu lalink telah berbincang dengan koe dan nurul tentang sambutan bufdae saya [maklumlah masa tue nurul tanya takde plan mahu ke manakah? terus lalink usulkan]. Bila berbincang mereka sepakat mengadakan awal disebabkan hal tidak dapat dielakkan [abang koe bertunang]. Hal tersebut diluar pengetahuan saya. Oke boleh pulak yerr. Disebabkan sifat saya yang kipochi mesra ini, nurul terlepas cakap tentang majlis berkenaan. Hahaha tulah sapa suruh pa simpan2 rahsia daripada huda. Kan dah bocor. Sebenarnya kebetulan saja saya chat dengan nurul. Saja ajak beliau mandi kat ulu yam [minggu saya tidur rumah beliau sepatutnya plan mahu kesitu tetapi dibatalkan disebabkan lalink sibuk] Jadi saya saja ajak kemungkinan menjadi plan ini. Pada masa tue nurul cakap aspa kata kita pegi PD dan nanti wat BBQ. Dalam hati yeyer lah tue. Senyum jangan marah huda suda pa.

Kenapa PD

Ada haritu, tengah tekun saya membuat kerja melayan cerita korea  lalink terlefon saya.

Aspa: Da suka sejuk ker suka pantai
[dalam hati buang tebiat ker beliau]
Saya: Apasal pulak tanya begitu pa?
[tengah memikirkan tempat yang mahu dipilih]
Aspa: Saja lah tanya. Mana tahu ada rezeki boleh kita pergi.
Saya: Pantailah
[betul saya mahu kepantai kerana terfikirkan tempat sejuk GENTING itu selalu kot pegi]

Disebabkan saya menjawab pantai jadi beliau menyambut Hari Lahir saya di PD
[mana tahu tempat sejuk beliau maksudkan ialah cameron.. Haiiiihh melepas mahu makan strawberi] 

Tetamu yang dijemput
Tentulah Hilmi dan nysa [kan lalink baik sangat dengan hilmi dan saya dengan nysa]
Koe dan nurul
Jawa dan ika
Wan puncak dan intan
Ijat, nabila dan yayed.

Hilmi dan nysa tidak dapat hadir kerana mereka mahu berjumpa Q241B yang lain. [main gokart kot, sangat jeles i noq]
Jawa dan ika juga tidak dapat hadir kerana keadaan kereta yang tidak ber air-cond.

Tetapi saya happy sangat dengan majlis ini

[ lalink bisik dekat saya mengatakan majlis ini disekalikan dengan majlis anni kami yang ke-dua tahun setengah;) ]

Tq lalink kerana mengadakan majlis tersebut. Habis duit kamu cheti mana kamu hutang hahahaa;p
Kek Jubli Perak saya ;)
Blow da candle ~~
Terharukah saya ketika ini ;D
Happy Bufdae Noorul Huda
Nabila dan Nurul
nurul dah 6 bulan dah sekarang. Berseri noq
Ijat dan yayed (org kuat panggang)
Tak pernah lepas dengan telefon beliau.
Bz kalah menteri. Copy ayat nysa;)
Orang kuat makan. Perut suda boroilah pa
Panggangan terakhir
Tengok masih dengan telefon beliau

KEESOKKAN HARINYA :
Saya dipagi hari. Muka fresh baru bangun tidur.
[bangun dari tidur terus suruh orang amik gambar dekat balkoni]
Di pantai tempat penginapan kami.
Nurul tidak turut serta disebabkan sedikit hal dihadapinya

Bukti saya di PD
Saya di pantai bermain air + matahari
Saya di Pool. Elakkan kehitaman di pancaran matahari
Tidak tahan dengan dugaan lalink turut serta mandi manda
Nabila berenang
Saya diselamatkan oleh beliau
Tempat tinggal kami. *CORUS*
Sudah mahu pulang. Bye PD welcome SA

Read more...

Friday, May 14, 2010

Menanti penuh debaran

Esok hari babes q2-41b mahu berjumpa. Mesti banyak sungguh umpat mengumpat gosip mengosipkan diri. Malangnya saya tidak dapat turut serta. Bayangkanlah paling terakhir kami berjumpa semasa di Goldcoast Sepang. Lama sungguh. [Maklumlah sibuk mengalahkan menteri ;p] SUNGGUH saya dengki dengan mereka semua dapat berjimba bersama.

Sebenarnya sebab utama saya tidak dapat turut serta kerana lalink mahu menyambut hari lahir saya di PD [sebenarnya lalink plan dengan yang lain tetapi terbongkar juga akhirnya. saya kan kipochi ] Tetapi baru-baru ini lalink macam pening sahaja memikirkan mengenai hal ini. Almaklumlah beliau baru sahaja berhabis RM di Thailand minggu lepas.

Saya akan tunggu hari esok dan apakah plan yang sebenarnya. Hehehe ;p Kalau tiada apa-apa plan yang terjadi saya akan menghubungi babes saya menanyakan dimana lokasi mereka. Saya akan TURUT bersama;)

Semasa menonton shopaholic
Semasa ketiada naddy di sini.

*juliana tiada disini kerana beliau berada di Seremban.

Read more...

Tuesday, May 4, 2010

Dia yang ragu-ragu. Saya yang keliru

Hidup-hidup saya kene tipu dengan beliau. Mana tidaknya selama seminggu saya merasakan kekurangan diri saya pada mata beliau. Sampai dua orang skandal beliau ada. Sangat sedih. Sangat menyentuh jiwa halus saya ini. Sepanjang minggu lalu saya tidak bermaya. Hanya berlakon hidup ceria di mata kawan2 rumah saya.

Kisahnya begini,
Dalam perjalanan ke rumah nurul dan koe beliau bertanyakan tentang kawan2 lelaki saya. Beliau menanyakan adakah saya curang di belakang beliau. Beliau mahukan kepastian. Sejujurnya sejak saya bersama beliau ramai kawan2 lelaki saya jauh hati dengan saya. Mengatakan saya bukan huda yang mereka kenali dahulu. Perangai dan tingkah laku saya pergaulan saya sudah berubah 100%. Yalah saya mahukan hubungan saya dengan lalink kekal hingga akhir hayat saya. Saya tidak mahu kisah2 lampau berlaku lagi di kala umur saya yang sudah genting ini. Selepas itu, beliau mengatakan beliau pernah mempunyai skandal semasa saya dengan beliau bergaduh [gaduh kecil2 kot takkan mahu pasang skandal]. Sangat kecewa dengan kejujuran beliau. Bukan saya malah dua orang sekali. Beliau mengatakan beliau berjumpa skandal beliau dimalam hari selepas saya tidur. Berjumpa di CLUB. Saya memang tidak dapat terima kenyataan ini.

Tiba di rumah nurul dan koe, saya langsung tidak bertegur sapa dengan beliau. Sumpah terguris hati. Saya tidak mahu balik ke rumah. Saya lengah-lengahkan masa berbual dengan ika dan nurul. Jam menunjukkan pukul 2:00 pagi dan saya memang sudah penat berbual. Nurul mencadangkan tidur dirumahnya. Saya terima cadangan beliau dengan hati yang terbuka. Keesokkan paginya kami pulang ke Shah Alam. Dalam kereta saya hanya mematungkan diri. Rasa cenggang berbual dengan beliau.

Hubungan kami dalam masa seminggu ini memang berliku-liku. Ada saja benda yang membolehkan saya marah. Hari sabtu, saya menunggu beliau dirumah kerana saya sudah berjanji dengan beliau untuk menemani beliau ke rumah kakak angkat beliau. Mahu melihat ciptaanNya yang baru sebulan di muka bumi ini. Tetapi malangnya beliau sudah mungkir janji. Beliau belum siap lagi sedangkan saya sudah siap nangis2 baca novel.  Saya malas menunggu terus pergi ke rumah akak saya. Hampir di tempat yang dituju, beliau menelefon saya dan menyuruh saya pulang balik kerumah. Apa kejadahnya mahu pulang balik. Sudahlah penat menunggu dan mengharungi jalan yang sentiasa sesak membuatkan kesabaran saya tipis. Maki hamun antara kami berlaku. Sangat sedih tidak terkira.

Kemudian beliau menelefon kakak saya dan menjelaskan kenapa beliau bertindak demikian. Beliau mengatakan beliau ragu2 terhadap hubungan saya dengan beliau. Dengan mengatakan beliau mempunyai skandal saya pula akan menerangkan saya juga mempunyai skandal. Itu pendapat beliau. Nonsense!

Aspa, kamu kenalkan tahap kemarahan saya macam mana? Benda ini tidak boleh di buat main2. Sekali di tipu saya tidak akan percayakan kamu 100%. Kakak saya memujuk saya dengan mengatakan beliau sangaja menduga saya. Terimalah kemaafan daripada pihak beliau. Menyesal saya membazirkan air mata saya sepanjang minggu lepas.

Huiiiisshhhh. Sekian luahan hati saya;)

Read more...

Monday, April 19, 2010

Berita gembira + bukit Ampang

Saya gembira sekali hari ini. Pagi2 lagi saya sudah dapat msg daripada kawan baik saya di PUO mengatakan beliau selamat bersalinkan anak perempuan. Sungguh happy sekali. Saya tidak tahu nama baby gurl itu lagi. Bilalah dapat menjenguk baby itu. Sudahlah saya tidak ada cuti sekarang ini. Takper achik huda akan jenguk juga baby one dae ok. Dan berita saya dapat semasa lunch hour tadi mengatakan kawan saya sudah kahwin. Haiiii budak kelas saya kebanyakkan lelaki kahwin dahulu. Yang perempuan masih lagi anak dara sempurna. Bilalah pinangan akan diterima. Tahniah Hamsan. Semoga perkahwinan ini mengajar erti kamu bertanggungjawab terhadap keluarga. Si hamsan ini seorang yang super pemalu dan pendiam sekali didalam kelas saya. Saya mahu gambar kahwin kamu yer nanti.

Hujung minggu saya di rumah kakak saya. Seperti biasa aktiviti saya hanya berbual mengemas apa yang patut. Sabtu malam lalink telefon bagitahu beliau akan mengambil saya awal selepas maghrib. Siap pesan bawa kemera bagai. Saya pelik dengan sikap beliau. Mahu kemanakah? Nasib kamera memang bawa pun.

Seperti dijanjikan lalink mengambil saya. Saya mengikut sahaja kemana beliau mahu membawa saya. Maklumlah kereta kan beliau yang pandu. Tempat yang dimaksudkan ialah bukit ampang. Saya memang pernah ke sini kerana kalau mahu ke rumah makcik saya, jalan inilah bakal dilalui. Jadi surprise yang lalink janjikan itu hanyalah kekecewaan yang dapat. Yelah beliau terkejut saya tahu jalan ini. Takper lalink saya kagumi apa yang hendak dilakukan ini. Gambar juga diambil tetapi keadaan KL malam itu tidak dapat dirakam dengan jelasnya. Sayang bangat dekat kamu Wan Azfar:0

Read more...

Monday, February 8, 2010

kursus praperkhawinan

Yeahhh....
Akhirnya lenyaplah ketakutan saya selama ini dengan menghadiri kursus praperkhawinan. Kursus diadakan pada sabtu dan ahad bermula 8:00a.m dan berakhir 5:00p.m. Jadi saya tidak perlu takut lagi kerana saya tidak akan menjalani kursus 3 hari 2 malam. Alhamdullillah....

Sabtu.
Seperti biasa saya wajib bangun awal kerana saya risau dengan kebolehan saya dalam pemakaian selendang. Maklumlah semasa sessi percubaan dulu pun saya mengambil masa selama 1 jam. Bangun pukul enam terus kejut lalink. Seperti biasa beliau sememangnya liat sangat mahu bangun. Penat saya mendengar orang pompuan cakap.Agak lama barulah beliau bangun. Yupp saya ambil masa meyiapkan diri saya hampir satu jam. Dari 6:30a.m hingga 7:30a.m. Memang saya takut terlewat tetapi saya memang tidak selesa dengan tudung saya itu. Sebelum ke masjid perut haruslah diisi supaya tidak sakit perut menahan kelaparan. Sarapan di Mais. Nasi lemak cukup mengenyangkan saya.

Hari ini ada 5 segmen. Segmen2 tersebut menerangkan cara menghadapi hari bahagia dan kehidupan selepas bergelar raja sehari

Segmen pertama :
Saya suka ustaz ini memberikan penerangan. Prosedur bagaimana kita perlu buat sebelum ijab dan kabul. Banyak sebenarnya perkara2 wajib perlu dilakukan. Beliau begitu santai dengan ulasan yang diterangkan. Kami semua ketawa tidak ingat dunia. Maklumlah lawak beliau begitu mencuit hati. Ustaz berkenaan menceritakan alam perkahwinan beliau dan cara tangani masalah yang berlaku. Memang tips yang berguna. Jikalau saya tidak memahami saya akan hubungi ustaz ini kerana penerangan yang diberikan begitu sempurna. Bagus ustaz suhaimi..

Segmen kedua dan ketiga berkenaan wang dan cara penggunaannya.
Semasa segmen ini serius saya katakan saya mengantuk kerana ulasan ustazah berkenaan tidak mencuit hati saya. Mungkin ini tajuk biasa bagi semua orang. Harus bezakan keperluan kehendak dan simpanan. Mungkin juga waktu berkenaan waktu sesuai untuk tidur jadi semasa pembentangan beliau memang ramai pendengar yang tidur..

Segmen keempat
Cara tandatangani stress. Ustaz tersebut juga membuatkan pendengar tidak kering gusi. Ustaz ini mengulas sedalam2nya sehinggalah hubungan suami isteri. Malu memang malu tetapi semasa sidang ini diadaakan semua orang dalam keadaan terbuka.

Segmen kelima
Kesihatan dan beliau menunjukan proses kelahiran seorang bayi lelaki yang beratnya 5kg lebih. Memang susah bayi tersebut mahu keluar. Semasa video ini disiarkan saya menangis kerana saya teringatkan betapa payahnya emak saya melahirkan saya dahulu. Memang insaf dan saya berasa takut untuk mengandunglah. Takut saya tak kuat untuk beranak nanti.

saya dipagi hari
Dibekalkan beg dan bahan semasa mendengar taklimat

 
Ahad saya bangun seperti biasa. Kejutkan lalink saya. Siap2kan diri. Rapikan diri. Harap2 hari ini penceramahnya nanti seperti semalam.

Segmen keenam
Ulasan mengenai Akhlak setiap insan. Biasa sahaja dan sedikit bosan. Hahahaha

Segmen ketujuh
Memang bosan kerana saya mahu tidur. Hahaha tiada lawak seperti semalam.

Segmen kelapan
Ulasan tentang cerai fasakh dan taklik. Segmen ini seperti mahu setiap pasangan bercerai sahaja. Ini pendapat saya. Tetapi saya sekadar mendengar.



Sessi pemberian sijil pra perkahwinan. Okey saya suka cover beliau. Sangat cantik.

Itulah aktiviti hujung minggu saya bersama lalink. Alhamdullillah selesai dengan tenangnya.

Read more...

Monday, February 1, 2010

Eksiden = untung

Jumaat sudah lalink saya beritahu ayahnya xcident otw ke klia. kereta itu kemek teruk dan bumper belakang pecah. Kos ditafsir dalam 10k (menurut kata gazi). Ceritanya begini, semasa dalam perjalanan ke KLIA hujan renyai2. Maklumlah cuaca sekarang tidak menentu. Dengan kelajuan 110km/jam tak sure driver ayah lalink saya bawa berapa laju tetapi pengalaman beliau memandu begitu cermat orangnya sebuah kereta sport 2 pintu memandu didalam keadaan laju haruslah kalau tidak mengapa keadaan boleh terjadi dan membrek kenderaannya secara emergency kerana kereta dihadapan berhenti akibat berlakunya kemalangan. Dengan kurang pengalaman memandu secara berhemah kereta beliau berpusing-pusing mengikut arah jam lalu bertembunglah dengan bontot kereta ayah lalink saya. Akibat pertembungan itu kereta sport beliau hancur remuk mybe total lost dan kereta ayah lalink saya cuma pecah bumper dan kemek dibahagian sisi kanan.

Akibat kejadian itu lalink saya sebagai anak yang bertanggungjawab mengikut arahan ayah menyelesaikan kes ini dengan pihak insuran. Lalink agak sibuk malam itu kerana buntu kawan yang mana hendak memberi commission yang tinggi. Haruslah mata duitan. Setelah ditimbang tara beliau memilih kawannya bernama gazi. Jaminan daripada gazi ialah kereta ini akan dibaik pulih dibengkel yang memang arif untuk jenis kenderaan ayah lalink saya. Disamping itu commision yang ditawarkan dapat serta merta. Oleh itu saya haruslah bersyukur kerana saya mendapat tempiasnya. Tq lalink kerana tidak melupai diri ini.

Sabtu berlalu sepi sehinggalah saya tidak kerumah pakto pakcik lalink saya kerana saya sungguhlah malu menyesal tidak kuar dgn nysa and geng pukul 3:30p.m lalink col dan ajak menjemput pakciknya epy dari KLIA. Epy ada urusan ayam kerja di thailand. Sebelum ke KLIA lalink membawa saya melihat kawannya  menyertai pertandingan kereta di uptown shah alam. Tidak besh kerana tidak banyak penyertaan daripada peserta. Terus ke tempat dituju. Dalam diam saya amatlah takut berjumpa epy kerana pergaduhan saya dengan lalink dimalam new year itu. Akhirnya saya bersyukur epy tidak marah saya dan membeli saya sehelai tshirt hard rock bangkok. Perut memang lapar ya amat. Terus ke padang jawa. Shid tomyam and seafood pilihan ati lalink. Malangnya saya tidak mengambil gambar takut digelar batak sedunia. Menu yang dipilih tomyam + ikan siakap 3 rasa telur dada udang celup tepung. sungguh sedap nyummi..ini adalah hasil daripada duit commission yang diterima lalink. Juna berkata ba mung tepuk dahi tengok kete tapi mung gumbira mengingatkan duit2 masuk.


saya ketika bosan

Ahad seperti dijanjikan lalink membawa saya menonton wayang. memang sakit ati okey cerita macam haram. Budak2 bosan tambah kita yang dewasa ini. Sangat menjelikkan.

dua hati satu jiwa
Makan di uptown damasara tempat lalink dan hilmi melepak.okey kenyang sangat.. buncit perut saya. Malamnya saya tidak boleh tidur serasa mahu demam sahaja. Malas mahu ke ofis tetapi saya tetap pergi kerana saya rajin.

Read more...

Monday, January 18, 2010

Adnan Sempit + Jam

Hujung minggu saya baru berlalu. Tidak ada apa yang menarik sangat. Saya letih memikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa bufdae party kawan saya. "Back to school" Aduhai baju sekolah saya mungkin sudah mereputkan dirinya.

Lalink mengajak untuk menonton Adnan Sempit. Ceritanya biasa sahaja. Bolehlah hilangkan bosan supaya boleh lupa apa yang kusut B2S. Tetapi boleh pula eyhh full. Pukul 5:30p.m Adnan sempit full hanya tinggal 11:30p.m. Mana boleh mlm ni saya mahu berjimba. So kesudahannya kami book untuk keesokkannya. Pagi okey supaya tenang dan tidak ramai org. 11:30a.m disini. Adnan sempit nanti saya menonton kamu.

Saya tiba agak lambat kerana lalink mahu berjumpa kawannya. Memang mood saya tidak baik takutlah movie dah mula. Masuk2 mak aiiihh penuh panggung. Mengapakah begini? Seronok sangat ker cerita ini. Ini antara ayat2 yang saya suka
  • Rempit2 saya ganas2 muka saya tapi dalam hati ada taman
  • I dont want make banana food twice
  • Disposible = proposal
Lepas itu seperti biasa jalan2 tengok barang. Saya ada jumpa barang yang boleh digunakan semasa B2S. Nanti saya beli kamu ya. Jalan2 lagi jumpa sales handbeg CR. 50% plak discount. Lalink saya sound saya so saya tidak jadi beli. Jalan lagi ketemu jam couple Polo. Terus saya pilih dan pergi kaunter untuk pembayaran.Tetapi ditentang hebat. Terus saya keluar. Pergi cari tempat isi perut ini. Sudah bosan makan fast food jadi saya mahu pulang tetapi lalink saya berpatah balik ke arah jam tersebut. So saya dengan senang hati memilih. Saya mahu yang kulit.(Lee Min Hoo pakai jam kulit tali hitam petak 4 segi) Betali hitam dan empat segi. Tetapi lalink mahu yang stainless steel. So tak mahu kusut kepala saya suruh dia pilih. Akhirnya dia akur dengan jam yang dipilih oleh saya. Yeahh jam saya macam lee min hoo=gu jun pyo. Walaupun bukan sebijik tetapi tali hitam dan 4 segi. Saya suka.....

Read more...

Friday, January 15, 2010

Jari ingin berlari di key board tetapi pemikiran saya membataskan. Apakah luahan saya hari ini? Otak dah beku tidak boleh mengalir dengan lajunya. Argghh ini memang tekanan. Di saat senggang begini tidak ada idea untuk dicoretkan.

layan gambar sudah
Gambar dipetik di ICT seksyen 7. Rumah salji. Dengar kata sekarang masih ada lagik. Benarkah?




Gambar diatas sehari sebelum. Ini adalah angkara lalink saya yang tidak tahu jadual masa.Ktorg ketinggalan suda.


Gambar tersebut sebenarnya sudah lama. Tetapi tahap kemalasan saya begitu tinggi jadi tinggallah ia didalam camera sahaja.
Masih ada gambar belum diambil

sori nysa kawan kamu sangat malas + condition laptop aspa yang sungguh lembap. Saya gagal mengawal tahap kesabaran. Tunggu masa saya tenang kembali ya.

Read more...

Thursday, November 19, 2009

bolehkah?

BOLEHKAH PIC INI DISERTAKAN SEKALI HADIAH NANTI?




selamat ulangtahun yang ke 2 lalink
tak sabar tunggu 23hb nih.

Read more...

Friday, November 6, 2009

Makan-makan wit my lalink





1) Nandos at SACC Mall. Service teruk sangat. Bukan makan tak bayarlah. Kami ada banyak duit tau!!!

2) Kenny at Tropicana City. Tempat baru tak banyak sangat tempat makan.isi masa terluang sudahh.

3) Popeyes at TTDI Damansara. Makanan tak sedap. Lebih baik makan ayam KFC.

Read more...

Friday, July 3, 2009

Kau Yang Punya


Jangan kau bimbang sayang,
Dimana ku berada,
Dengan siapa ku bersama,
Jangan bimbang ku tetap kau yang punya.

Ku juga bimbang sayang,
Dimana kau berada,
Dengan siapa kau bersama,
Jangan lupa kau tetap ku yang punya.

Hurmmm...
Bolehkah aku praktik diri aku macam dalam lirik ini?

Bolehkah?

Read more...

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP