Tuesday, July 6, 2010

is SINGLE

Sudah lama saya memegang gelaran kekasih hati beliau. Sudah banyak benda kami lalui bersama. Susah payah senang kami tempuhkan jua. Walaupun beliau tidak bekerja saya redha kerana saya amat menyayangi beliau. Sudah bermacam-macam peragai beliau yang saya tahu. Setiap kali kami berselisih faham kami tidak berpanjangan. Hanya sehari sahaja kami bermasam muka. Tapi kali ini lain. Lain sangat-sangat. Saya tidak tahu apa yang merasuki hati beliau.

Beliau memang ramai kenalan. Kenalan yang rapat dengan beliau dan saya sentiasa menyokong hubungan kami. Tetapi sekarang beliau menghadapi tekanan yang berat. Kerja yang harap dapat dilakukan tidak berjaya. Kini beliau kecewa dan mencari kawan-kawan daerah rumah beliau. Saya memang tidak berapa rapat dengan kawan-kawan itu. Semenjak itu saya langsung tidak kenal siapa beliau yang sebenarnya. Totally berubah. Kecewa dengan perubahan beliau.

Beliau menetapkan pelbagai syarat. Ya sewaktu itu saya memang bodoh mengikut sahaja syarat yang ditetapkan [hati sudah sayang tak boleh nak buat apa]. Beliau mengatakan beliau kini sudah lain. Banyak orang mencari beliau. Pelbagai cerita beliau bagitahu saya. Tapi saya memang mahu beliau disisi saya. Sanggup saya harungi. Saya pernah menelefon kawan rapat beliau sekarang dan memohon beliau jangan beritahu yang saya telefon. Tetapi kawan beliau memberitahu beliau. Kecewa dengan peragai kawan beliau. Masa beliau menemani saya membeli tiket mahu pulang ke ipoh beliau memberitahu kawan-kawannya memarahi beliau kerana menjawab pangilan telefon saya. Kenapa kawan-kawan beliau mahu masuk campur urusan peribadi kami berdua.

Semalam 5 July 2010 setelah bersedih hati dan beliau sudah membuat hati saya setawar-tawar hempedu. Saya melepaskan beliau pergi bersama kawan-kawan tersayang beliau. Hati saya sudah tawar dan tidak boleh dipulihkan lagi. Saya menyeksa diri saya sekarang. Tidak tahu kenapa bodoh teramat saya kini. Petang semalam saya memberitahu dekat emak beliau yang saya mahu berhenti kerja. Emak beliau terkedu dengan kata-kata saya. Tidak tergamak saya mengatakan hal tersebut. Emak beliau sungguh baik dengan saya. Emak beliau menceritakan perihal beliau kepada saya. Ok saya admit memang apa yang emak beliau cerita saya tahu tetapi hati saya terseksa setiap kali menjejaki rumah tersebut.

'Hudalah harapan makcik dekat company tersebut. Walaupun huda tiada basic account tetapi huda hardworking dan boleh diharap. Selalu makcik bincang dengan pakcik tentang kerja yang huda lakukan. Huda cuba jangan campur adukkan hal peribadi dan kerjaya huda. Be profesional. Huda kene strong. Makcik tahu anak makcik nih childish. Sebab dia lama bongsu sebelum dapat adik yang baru. Lagipun beliau seorang yang tidak masuk sekolah agama bila menengah. Kalau beliau memarahi makcik takper sebab makcik ibunya tetapi beliau memarahi huda memang makcik marah balik. Makcik sayang huda. Makcik sudah anggap huda macam anak makcik sendiri. Makcik percaya huda. Hudakan sembahyang dan selalu puasa. Jadi mungkin ini Allah bagi petunjuk yang beliau tidak layak untuk huda. Huda berdoa agar jodoh huda nanti yang terbaik. Mungkin sekarang huda tertekan disebabkan putus hubungan tetapi huda lagi baik kalau sudah kahwin baru putus. Mungkin ini hikmah untuk beliau berubah setelah tiada huda. Berdoa harap beliau berubah kemudian hari.' ini adalah sebisan kata-kata emak beliau merangkap boss besar saya.

Saya tertekan setiap kali lalu dirumah beliau. Selalu memikirkan beliau kini sedang melakukan pekerjaan apa. Ya saya harus kuat dan saya berdoa agar saya dijodohkan dengan orang yang menyayangi saya seadanya. Semalam memang kecewa tahap tak ingat dunia. Pening kepala dan lembik sungguh badan saya. Ya semalam saya hanya makan burger sahaja sepanjang hari. Bodohkan saya kecewa sampai tahap menyeksa diri. Tapi memang tidak lalu untuk saya makan nasi.

Sedikit cebisan.... Semasa menunggu burger ada seorang mamat itu sangat smart. Dan tiba-tiba seorang mamat berambut panjang dan kemas kehulur kehilir berhampiran saya dengan huda ismail. Pening juga dengan keadaan mamat tersebut. Siap bertanya tentang burger ding dong. Saya ingatkan beliau mahu mengordernya. Saya kan lemah dan lembik dan saya duduk dikerusi yang disediakan. Tiba-tiba burger beliau sudah siap. Mahu juga memarahi kenapa burger beliau siap cepat daripada saya. Rupa-rupanya kawan smart itu adalah kawan berambut panjang yang kehulu kehilir. Setelah burger saya siap berjalan lah saya ke kereta yang sedang menunggu untuk pulang. Sedang melalui kereta mamat yang serabut kepala otak sempat pulak beliau menegur dan memberi no telefon. Tentulah saya tidak mengambilnya. Apakah muka saya ada tertulis im single and available? Aduhai buat masa sekarang saya tidak boleh menerima kenalan baru lagi. Hati saya masih sakit dengan tindakkan seorang yang bergelar lelaki.

*terima kasih kerana selama ini menyayangi dan melayani saya sebagai puteri dihati kamu. Disebabkan sikap kasih sayang + caring terlampau sehingga saya tidak dapat menerima realiti yang hubungan kita sudah berakhir dipenghujungnya.

**Diharap saya boleh menerima takdir dan ujian dariNya. Cekalkanlah diri ini. Bantulah diri ini Ya Allah.

2 comments:

Imma Yusri July 7, 2010 at 1:49 PM  

huda... nape nih???
xkan ko ngan dia dah break???
baik ko bincang baik2 dulu...

huda razak July 9, 2010 at 11:02 AM  

imma,
aku akan bagi peluang dekat die.
kerana hati aku masih ada ruang lagi untuk die.
aku kasih die imma.
mungkin ini perubahan hanya sementara.
harapkan jodoh aku dengan beliau imma.
aku kini memerlukan doa-doa kawan2 aku

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP