Wednesday, September 29, 2010

Angau

Ok entri tak memberi makna :)

22 september 2010
RESTOREN BARRA
Saya keluar dengan kenalan yang sudah bertahun tidak berjumpa. Agak xcited sangat. Bila jumpa saja sessi salam-salam kiss-kiss pipi berlaku.. Beliau mahu berjumpa kawan beliau juga tapi saya tidak kisah untuk itu. Saya sebenarnya terpaku kot melihat kawan beliau. [sangat gatal ok saya ketika itu]. Dia ada ciri-ciri yang saya idamkan
tinggi [maklumlah saya pendek tak mahulah anak-anak pendek juga]
hitam manis [saya memang sukakan orang gelap.hehehe]
tidak merokok
rendah diri [saya ingatkan kerja cikai jer tapi mak aiii kerja .....]
mesra [tidak kekok bila berbual]
sangat suka tersenyum [sebab itu saya terpaut]
menghormati saya [tidak mengambil kesempatan ok]

27 september 2010
ABU CAFE
tiba-tiba  beliau mengajak saya keluar bersama. OMG biar betul adakah ini hanya menguji saya. Belagak cool ok...[padahal hati berentakkan lagu cinta + jiwang]. Berbual-bual sampai tak sedar. Sekejap sahaja pukul 11 malam. Terpaksa balik sebab esok mahu bangun awal. sedihhhh aiihhhhhh.....
[baru tersedar beliau tidaklah berkulit gelap mungkin masa hari itu table kitorg diluar restoren. Heehhheee tapi memang ciri-ciri yang saya dambakan ada pada beliau.

kini saya angau dan menunggu sahaja khabar daripada beliau:)

Read more...

Thursday, August 5, 2010

Semalam, 4 Ogos 2010 kami gadis-gadis yakut sepakat mahu keluar untuk berjimba beramai-ramai. Maklumlah minggu depan sudah puasa. Tetapi malangnya kerana komitmen kerja + komitmen terhadap boyfie ada yang tidak dapat menghadirkan diri. Tapi tak per kami faham...

Mulanya plan untuk menonton di Cine tetapi dengan berapa kerat orang + kejar masa untuk menonton sepakat memilih Bukit Raja sahaja. On the way ke Bukit Raja huda ismail ada memberitahu tentang kelazatan Nasi kukus+Ayam kampung. Terliur mendengarnya. Mahu makan!!!! Pantas laili menanyakan mahu pergi makan ker. Kita cancel saja movie kita.. So we decide cancel da movie dan menuju pantas ke KAMPUNG BARU. Yess sampai KL akhirnya. Tetapi makanan tersebut tidak ada. Oh nooo meleleh air liur..

Makan-makan minum minum lepas itu pulang. Sedikit gambar sopan kami berempat.






Read more...

Monday, July 26, 2010

Plaza peransang

Okey malas cerita pasal sedih-sedih lagi. Baru-baru ini tuntutan kerja menwajibkan saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri di Plaza Peransang. Okey memang mudah mendapat bantuan daripada guard disitu. Maklumlah mana pernah ke sana. Orang disana sangat baik dan sopan santun. Kekalkan. Saya kagum. Setelah habis urusan disitu harus ke tempat parking kereta. Masalah utama saya ialah saya tidak nampak mesin membayar parking. Bila diselidiki autopay nya di bawah [P3]. Total yang dikenakan RM1.60. Jadi saya meneruskan usaha membayar. Namun gagal kerana duit saya amat buruk [tidak mungkin cetak rompak]. Saya memberi laluan kepada orang lain. Biarlah mereka dahulu. Saya tak apa. Bia lambat asal selamat [ada kene mengenakah?]

Tiba-tiba sewaktu saya ingin melunaskan bayaran parking ada seorang pakcik nih kata duit tak dapat pulangan. Jadi cik kene masukkan syiling. Dengan santun saya mengatakan saya tidak mempunyai syiling yang cukup. Jasa pakcik tersebut memberikan syilingnya kepada saya. Terkesima. orang disini memang baikkah?

Tiba masa untuk ke kereta yang diparking tidak tahu dimana. Saya sudah hilang kewarasan ketika itu. Memang tanda-tanda kereta saya tidak ada. Dengan baik saya menegur seorang encik disitu. Sungguh baik budi pekerti encik itu menunjukkan keadaan parking yang saya maksudkan. Memang saya kagum dengan pekerja-pekerja kerajaan di Plaza Peransang.

Read more...

Saturday, July 17, 2010

Lagi gambar bercerita

Read more...

Friday, July 16, 2010

Sentapnya LIRIK itu

Malam ini yang dinantikan supaya saya tidak tidur awal seperti biasa dan tidak akan terjaga dikala pagi hari. Sebelum ini saya sering terjaga dan akan mengingati beliau. Aktiviti malam ini ialah menghabiskan novel yang tidak saya khatam lagi [wajib mengingati setiap ayat yang saya suka]. Tetiba terlihat kakak saya bermain soduku. Terus terasa cemburu kerana saya tidak khatam lagi untuk menghabiskan soduku saya itu. Novel terus ditolak ketepi dan mengambil Mr Blackya saya. Permainan dimulakan. Dengan keazaman yang tinggi , mengunakan seluruh kekuatan otak fikiran , kecekalan terhadap permainan soduku ini Alhamdullillah saya berjaya juga malam ini. PURE SODUKU kamu memang menduga iman dan kecekapan otak yang berkarat ini.

Sedang enak bermain untuk game kedua [maklumlah sudah menang game pertama..kekembangan hidung terserlah] tiba-tiba di vaio pink kakak saya memutarkan lagu MEET UNCLE HUSSIEN laguku untukmu. Sangat tersentap. Serius saya katakan. Bait lirik ini menguris hati kecil saya.[Dua insan yang tak mungkin bersatu,cukuplah sampai disini saja hubungan kita bersama] Terus saya letak Mr Blackya ketepi dan berlalu ke toilet. Menangis sehabis mungkin. Berjujuran air mata ini. Sangat sedih. Kenapalah akal fikiran otak saya ini kuat mengingati beliau. Sedangkan beliau sedang bergembira dengan kawan-kawan baik beliau. Terasa ingin menghubungi dan mengadu kepada beliau tentang kehidupan perit yang saya lalui kini. Tetapi itu tidak mungkin kerana beliau langsung tidak peduli terhadap rayuan saya dan setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut beliau terlalu perit untuk saya terima. Saya harus bina kekuatan ketabahan kekebalan dan membuang kesedihan yang saya alami kini. Tetapi bagaimana?

Saya sedih untuk berjumpa orang kawan-kawan saya. Saya membawa diri kerumah kakak saya. Saya tidak boleh berhadapan dengan budak rumah saya tidak boleh ketemu geng jorjes saya. Tidak tahu mengapa fikiran saya menghalang untuk saya berjumpa mereka semua. Setiap hari emak dikampung mesti menghubungi saya. Bertanyakan keadaan saya. Alhamdullillah emak saya memahami naluri dan jiwa saya. Emak banyak memberi perangsang untuk saya meneruskan hidup tanpanya. Keluargalah harapan saya bergantung kini. Maaf kiranya saya mengabaikan kawan-kawan saya tapi kini saya tidak kuat untuk ketemu mereka sendirian [selalu saya akan bersama beliau untuk melengkapkan geng ini]

Ubat yang paling mujarab yang kini saya lakukan iaitu mendekatkan diri kepadaNya. Hanya itu dapat menenangkan hati dan perasaan saya kini.

Read more...

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP