Tuesday, June 29, 2010

Abaikan lalat-lalat berkeliaran.

Hubungan saya bertambah baik. Alhamdullillah. Saya amat gembira dengan perubahan positif ini..

Saya harus abaikan lalat-lalat berkeliaran didalam fikiran saya. Kamu bukanlah penting sangat dalam hidup saya kini akan datang dan selamanya. Jika kamu menyemakkan diri ini lagi mahu perang meletus.

Paling menyakitkan hati saya apabila orang yang tak pernah mempercayai rakan sekerja. Tahulah kamu itu lulusan terbilang, terdidik, terpelajar tetapi kenapa kamu langsung tidak mendengar pandangan dan pendapat orang lain. Betul sangatkah pendapat kamu selama ini? Terpelajar sangatkah kamu? Semua perkara yang berlaku kamu tahukah?

Tolonglah mengerti tidak semua perkara didunia ini kita tahu. Mana rasa rendah diri, sopan santun kamu selama ini? Sebelum saya mendapat tugas untuk melakukan perkara tersebut saya tidak terus menerus melakukannya. Saya selidik dahulu dengan kawan-kawan yang sealiran pekerjaan dengan saya. Dan semestinya keutamaan pendapat daripada pihak atasan yang mengaji saya selama bekerja disini.

Memang saya akui, saya tidak pandai dan tidak pernah mempelajari apa-apa dalam bidang pekerjaan saya sekarang. Saya juga serasanya tidak layak bekerja disini. Disini bukan tempat yang sesuai untuk saya.[maklumlah sebelum ini hanya belajar bangunan keluli dan tanah. Wajiblah untuk budak civil engineering seperti saya] Tetapi amanah yang dipertanggungjawabkan untuk saya, saya akur. Saya juga perlu duit untuk meneruskan kehidupan seharian saya.

Sekarang mungkin kamu menganggap saya berkelakuan tidak betul untuk kamu. Tidak mengapa saya terima hakikat bahawa saya tidak betul dan sengaja sabotaj kamu. Tetapi Allah maha mendengar dan maha melihat setiap gerak geri kita.

Aku berdoa kepadaMu Ya Allah engkau tunjukkanlah kebenarannya yang sebenar dan sedarkanlah beliau. Hanya engkau yang maha mendengar rintihan ini dan membantu hambaMu ini Ya Allah. Amin..

**Setiap perlakuan kita ada balasanya daripada yang maha esa.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP