Tuesday, June 15, 2010

SMTT - Miss Chang

Tiba-tiba teringatkan tentang cikgu sejarah saya semasa di teknik. Tak tahu kenapa TERrindu dekat beliau. Tadi pagi berbual dengan budak bilik saya. Entah macam mana tetiba terkeluar mengenai cikgu. Yelah gaji cikgu sekarang sudah banyak jadi kalau membeli barangan untuk mengajar secara efisyen tidak salahkan. Jadi saya menceritakan tentang seorang cikgu disekolah saya. Cikgu saya masa itu muda, cantik, kurus dan kecil molek. Namanya saya sudah lupa tapi tak salah saya Miss Cheng. Beliau mengajar matapelajaran sejarah.

Seperti sedia maklum saya memang tidak suka membaca dan menghafal. Paling tidak suka [ditekankan]. Jadi subjek sejarah paling saya benci. Dengan tulisan yang kecil, buku yang kertasnya kuning, kulit buku yang berwarna coklat lansung tidak menarik minat saya. Titik! Tetapi dengan kehadiran cikgu manis saya ini saya boleh menghafal dengan efisyen. Beliau selalu mengajar menggunakan peta minda. Tulisan beliau sangat cantik dan besar. Amat jelas dengan pandangan mata saya yang kabur ini. Senang sangat dapat memahami isi tersebut.

Disebabkan kesenangan yang dipelajari saya mendapat keputusan ujian yang boleh membanggakan diri saya sendiri. [sedikit riak] Dengan keputusan tersebut saya dicalonkan untuk menghadiri pertandingan sejarah. Setiap kelas haruslah menghantar tiga [3] orang wakil. Agak terkejut saya. Sudahlah tiga bab yang akan disoal. Memang menakutkan saya. Tetapi demi kelas tercinta terpaksa saya pergi berjuang.

Kerjasama yang diberikan oleh rakan lain [nazirah & anuar] cukup kuat. Mereka berdua pelajar cemerlang dalam kelas saya. Mereka mengagihkan satu bab kepada satu orang. Saya berusaha keras untuk memahami satu bab itu dengan lebih terperinci. Seperti biasa nazirah sentiasa membantu saya dan menghafal bab yang patut saya hafal. Tq nex..

Saya fikirkan pertandingan itu tidak mempunyai tetamu kerana ia diadakan 3:30p.m. Tetapi abang-abang yang selalu mengusik saya itu berada di dalam dewan. Lagilah tahap gelabah saya memuncak. Hati berketar. Jiwa mengoncak. Sangat takut. Alhamdullillah kelas kami berjaya sehingga peringkat semi final.

Keesokkan harinya, Miss Chang tersenyum bangga dekat kami bertiga. Itulah kenangan terindah saya bersama cikgu yang efisyen.

*tambahan : Disebabkan keyakinan terlalu tinggi mengenai subjek ini saya tidak mengulangkaji dan menyebabkan SPM saya hancur. Maaf miss..

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP