Wednesday, June 16, 2010

Penenang saya

Saya tidak pasti kenapa saya jadi begini. Kenapa saya jadi sangat sedih. Tak tahu kenapa terasa terluka sangat. Dahulu setiap kali saya terluka saya akan mengadu kepada seorang kawan saya. Dia sangat membimbing dan banyak memberi nasihat kepada saya. Tetapi sejak perkenalan saya dengan lalink saya tidak langsung menghubungi beliau. Senyap dan sepi. Sekarang haruskah saya menghubungi beliau untuk mengadu masalah saya? Keliru sangat diri ini. Masalah saya tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Makin bertimbun hal yang dibongkar oleh lalink.

Saya memang tidak banyak kawan lelaki. Sekadar kawan sekelas dan kawan sekampung sahaja. Tetapi sejak berhijrah ke sini dan sejak berhubungan dengan lalink saya tidak terus menghubungi kawan-kawan lelaki saya [sebab pernah kena marah dengan teruk]. Saya berjanji setia dengan lalink. Sebab segala masalah peribadi, saya akan mengadu dan akan diselesaikan oleh lalink saya. Tetapi sejak menghadapi masalah dengan lalink tidak ada siapa untuk saya untuk mengadu. Terfikirkan kawan saya ini. Tetapi malu untuk menghubungi beliau kerana takut dikatakan apabila mempunyai masalah baru mahu telefon.

Beliau kawan susah saya. Serius saya katakan dahulu jika mempunyai masalah dengan BEKAS TEMAN LELAKI dan menghadapi masalah PUTUS KASIH beliaulah selalu saya hubungi. Perkenalan saya dengan beliau hanyalah didalam telefon sahaja. Dan rupa parasnya saya tidak tahu sehinggalah beliau meletakkan gambarnya di FS kawan beliau. Orangnya biasa amat tetapi terlalu baik budi perketinya. Pernah saya putus kasih semasa lagi 2 minggu peperiksaan besar diwaktu semester lima. Beliau lah selalu memberikan peransang kepada saya. Beliau lah yang selalu kejutkan saya kerana saya mahu tidur disebabkan penat mengulangkaji. Beliau membuat solat hajat untuk saya lulus peperiksaan. Beliau selalu ingatkan saya mengenai kealpaan saya terhadap Allah. Saya berasa tenang dengan segala nasihat beliau.

DITEKANKAN
Keluarga saya terlalu risaukan saya mengenai diri saya ini. Saya terlalu mudah terasa, mudah mengalir air mata [sentsitif], dan terlalu berfikiran cetek. Jika saya mempunyai masalah tentulah emak dan bapak saya membantu mengatasinya. Kalau menghadapi final exam tentulah emak bapak saya membuat solat hajat.

Tetapi, saya mahu seorang kawan yang boleh mendengar segala rintihan hati saya. Terasa mahu menghubunginya. Tetapi saya takut keadaan lagi keruh jika lalink dapat tahu saya menghubunginya. Saya akan cuba yang terbaik untuk hubungan saya dengan lalink. Diharap medium ini segala masalah yang saya hadapi dapat diluahkan disini. Supaya diri saya tidak terlalu terluka lagi.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP