Tuesday, May 25, 2010

Sudah puas buang.....

Hari ini saya ke pejabat dengan memakai kemeja. Selalunya saya akan memakai baju kurung [baju kebangsaan malaysia] tetapi hari ini memandangkan rakan pejabat mahu bermain bowling beramai-ramai jadi saya terpaksa ubah penampilan saya ke pejabat. Saya kelihatan kekok dengan memakai pakaian ini. Sumpah malu nak masuk pejabat tadi. Fikir lima kali okey ker tidak pemakaian saya. Hahahha. [macamlah ko tak penah pakai jeans huda?tak pernah pakai tshirt lengan pendek babe?]

Sebelum sampai ke pejabat saya pergi ke Maybank dahulu untuk urusan pejabat. Kakak maybank itu menegur saya kot. 'Amboi lain ko hari ini? Cantik bagai mahu kemana?' Saya jawab 'mahu main game' TAPI sebenarnya saya mahu menjawab mahu main bowling. Mungkin perasaan gelabah biawak saya selama ini tersemat di dalam diri ini cakap pun tak fikir panjang. Sangat malu kot.

Okey tajuk entri ini tidak ada kene mengena dengan cerita diatas. Sebenarnya semasa mahu beli tiket komuter encik yang menjaga tiket tersebut memberitahu saya tentang sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Sangat sangat saya sakit hati. Encik tue cerita semalam lebih kurang pukul 9 malam mereka terjumpa kubur bayi. Alamak apa nak jadi tanam bayi berhampiran kawasan keretapi. Saya lihat gambar yang diambil encik tue. Sangat kesian. Bayi itu lahir tidak cukup bulan. Dalam anggaran 6 7 bulan mungkin. Bayi tersebut cukup sifat.

SIAPA IBU BAPA YANG CELAKA MENANAM ANAK MEREKA? ORANG LAIN PUNYA MAHU ANAK SEDANGKAN MEREKA TANAM BAYI. MANA SIFAT KASIH SAYANG?

Saya memang marah, saya memang dukacita dengan sikap segelintir orang yang puas tueeeeeeeeettttttttttt buang sahaja hasil mereka. Sedangkan orang yang sudah berkahwin punyalah susah mahu menimbang cahayamata. Polis dan forensik datang dan mereka akan menyelongkar maklumat ibu bapa bayi tersebut. Moga mendapat balasan terhadap semua kajadian yang dilakukan.

*malu dengan perangai ibu kepada bayi itu. moga beliau bertaubat. moga ini pengajaran bagi beliau.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP