Monday, May 24, 2010

JUBLI PERAK SAYA

Semalam sungguh memenatkan dan ada juga sedikit bosan. Maklumlah bufdae gurl kan ;p. Sangat gatallah saya ini. Malam sabtu lalink telefon saya ajak keluar. Yelah beliau mahu berada disisi saya ketika saya menginjak umur. Tetapi saya tidak dapat keluar dengan kamu. Sori lalink maafkan saya okey.

Jam berlalu begitu cepat. Tiba-tiba saya terima msg daripada lalink. Mengatakan mahu meminjam RM. Sangat kesian dan saya menyuruh datang kerumah. Saya tunggu. Dia membalas tunggu 15 saat dia ada depan pintu rumah kakak saya. Okey sungguh pantas sekali beliau. Tetiba jer ketetapan masa kamu betul pa. Buka sahaja pintu beliau menjerit 'HAPPY BUFDAE HUDA' dan terus dia kata beliaulah orang pertama yang mengucapkannya. Sangat happy muka beliau. Beliau berjaya menewaskan kakak saya dan kawan-kawan yang lain. Tetiba saya tersenyum sumbing. Sangat terharu sebenarnya. Serius tak tipu. Sehinggakan sekarang jika teringat muka beliau saya akan tersenyum simpul penuh bermakna. Sayang kamu banyak sikit pa.

Selepas itu tiba-tiba telefon saya berdering. Angkat sahaja Naddy menjerit AKAK HAPPY BUFDAE siap ada nyanyi segala bagai. Hahahah kamu ulang apa yang akak buat yer dear. Ok sangat terima kasih kamu naddy. Pastu keesokkan hari bermula msg-msg daripada kawan saya. Tetapi dengan tahap kesibukkan mengalahkan menteri, saya ignore semua msg itu. Okay kawan-kawan, sangat terharu kamu mengingati HARI KELAHIRAN saya dan sangat bersyukur saya masih di bumi Allah ini. Emak saya menelefon saya semasa saya dalam perjalanan pulang kerumah. Mak saya meminta maaf kerana terlambat wish bufdae saya. Mak ami tak kisah kot mak lambat wish ker lupa wish ker. Janji mak sentiasa menyayangi ami dan sibling yang lain. Itu sudah cukup buat kami semua. Dan orang terakhir yang msg saya adalah nysa ramly. Ya kamu memang mahu menjadi yang terakhir yer. Ingat dah lupa bufdae saya. Yelah kan nysa dah kata dalam kalendar nysa bulan 5 tidak wujud. Heheheh;)

Sampai sahaja pejabat hari ini saya melihat inbox saya. Waduhhh sungguh banyak msg yang diterima dari FB. Sehinggakan ada kakak nani mengatakan "Huda, this is hilarious! lol :P :P :P". Hahhaah memang rancak kawan-kawan saya mengucapkan selamat hari lahir saya. Terima kasih banyak wahai kawan-kawan saya yang prihatin terhadap saya. Saya cukup bangga menjadi salah seorang kawan kepada kamu semua. I love u all.

Happy bufdae Huda razak. Dihari ini saya ingin mengubah sedikit sikap saya yang -ve untuk menjadi yang TERBAIK. Doakan saya wahai kawan-kawan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP