Thursday, May 27, 2010

HATI TERGURIS JIWA KACAU

Hodoh sungguh perangai saya semalam..

Semalam saya berjaya menjatuhkan air muka saya. Menangis depan kawan saya. Malu kot menangis kerana kemera saya hilang. Benda bernilai bagi hidup saya. Saya sangat sayangkan kamera tersebut. Yelah benda saya susah mahu dapat. Berjimat wang ringgit semata-mata mahu membelinya. Sangat TERBAIK menangis kerana benda bodoh itu. Enough huda mengata diri sendiri ;p

Semalam lalink tidak dapat menemani saya ke rumah beliau dan juga ke BKRM untuk membayar hutang piutang saya dengan bank tersebut. Saya mengajak huda, laili dan kak zack makan dan ke BKRM. [yelah perut harus diisi kerana ia keutamaan saya untuk tidur lena hingga ke pagi]. Kak zack tidak dapat ikut kerana ada sedikit masalah. Tidak dapat dipastikan masalah tersebut. Settle bayar segala bagai hutang piutang saya, terus ke seksyen 8 makan nasi goreng daging yang TERBAIK. Tiba-tiba saya dapat berita buruk mengatakan kamera saya sudah hilang. Beliau tercicir dan cari setiap ceruk meruk tidak dapat ditemui. Sangat kesian dengan beliau. Beliau berjanji untuk mengantikan balik kepada saya. [tapi tak sama kot dengan segala kepayahan saya mahu mendapatkannya.]. Sangat kecian kepada beliau kerana disebabkan itu beliau terpaksa mengeluarkan RM untuk membayar saya pula. Maaf saya tidak mencukupi RM untuk membelinya sendiri. Duit Roadtax, Duit Bandung, Duit Tunang wajib disimpan. Ketiga-tiga benda ini Insyaallah dijalankan dalam tahun ini. Tahun besar bagi saya 2010.

Kena terima hakikat, kamera tersebut tidak akan ditemui.
HARUS
WAJIB
terima takdir mendatang.

Saya menelefon kakak saya menceritakan tentang hal kejadian itu. Kakak saya cuba memujuk saya dengan mengatakan tentang keburukkan kamera itu. Saya tahu kakak saya cuba menyedapkan hati saya. Tapi, tak perlu kot mengutuk kamera kesayangan saya itu :(

Pagi tadi pergi PAS cari kamera tersebut. Mahu yang sama. Mahu sebijik. Tapi malangnya, kamera tersebut sudah tiada dipasaran. Sangat sedih. Tapi saya tidak akan mengalah disebabkan hanya kamera itu. Lalink naik pening, rimas, benci dengan perangai saya yang SANGAT cerewat. Harus kot saya cerewet sebab saya mahu yang selesa untuk penggunaan saya. Siap dia cakap tidur dia terganggu disebabkan saya. Kalau gf yang penyayang tidak akan memaksa. Pa uda paksa pa ker? cunfiuslah.Agege

Sekejap lagi saya mahu pulang kampung. Saya ambil 1/2 day. Jadi bercadang mahu mencuba kembali niat  mencari kamera idaman di Ipoh petang karang.

*Damia maafkan achik nurul tak dapat ambil gambar damia yang suka tergedik bagai itu yer. Achik teringin sangat mahu ambil banyak-banyak gambar damia tapi takdir tidak mengizinkan.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP