Friday, May 14, 2010

Menanti penuh debaran

Esok hari babes q2-41b mahu berjumpa. Mesti banyak sungguh umpat mengumpat gosip mengosipkan diri. Malangnya saya tidak dapat turut serta. Bayangkanlah paling terakhir kami berjumpa semasa di Goldcoast Sepang. Lama sungguh. [Maklumlah sibuk mengalahkan menteri ;p] SUNGGUH saya dengki dengan mereka semua dapat berjimba bersama.

Sebenarnya sebab utama saya tidak dapat turut serta kerana lalink mahu menyambut hari lahir saya di PD [sebenarnya lalink plan dengan yang lain tetapi terbongkar juga akhirnya. saya kan kipochi ] Tetapi baru-baru ini lalink macam pening sahaja memikirkan mengenai hal ini. Almaklumlah beliau baru sahaja berhabis RM di Thailand minggu lepas.

Saya akan tunggu hari esok dan apakah plan yang sebenarnya. Hehehe ;p Kalau tiada apa-apa plan yang terjadi saya akan menghubungi babes saya menanyakan dimana lokasi mereka. Saya akan TURUT bersama;)

Semasa menonton shopaholic
Semasa ketiada naddy di sini.

*juliana tiada disini kerana beliau berada di Seremban.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP