Thursday, May 13, 2010

Tangan Kiri

Seperti yang sedia maklum saya menulis dan melakukan kerja mengunakan tangan kiri. Ramai orang kata saya buat kerja tidak cekap. Saya selalu menafikannya. Tetapi apabila saya melihat orang lain yang tangan kiri juga membuat kerja memang tidak kelihatan cekap. Jadi saya mulai ragu-ragu. Jadi saya melihat kelakuan saya semasa mengunakan tangan kiri dan memang terbukti saya tidak secekap orang yang tangan kanan. Ahh malangnya saya. Saya memang melakukan kerja dengan motivasi tinggi tetapi kelihatan tidak begitu.

Dahulu,
Semasa kelas jahitan di sekolah menengah saya selalu salah ketika menjahit. Maklumlah saya mulakan dari arah yang berlawanan. Jahitan kia jahitan silang pangkah semuanya sekali saya akan lakukan 2 3 kali sehinggalah memuaskan hati saya. Saya terasa kelihatan bodoh sangat di hadapan cikgu saya itu.
Kini,
Baju kurung mesti dijahit manik. Mesti bergaya untuk pergi ke kenduri kahwin ataupun semasa menyambut hari lebaran. Oleh itu, saya mempelajari bagaimana cara untuk menjahit manik. Tetapi malangnya tidak berjaya. Habis baju kurung kakak saya menjadi mangsa. Nasib baik jugalah beliau memakai tudung jadi tidak ketara sangat. Bila dicuba berkali-kali barulah jahitan manik saya kelihatan menarik perghh puji diri sendiri nampak.

Dahulu,
Saya sebagai anak dara pingitan haruslah menolong emak ketika memasak. Paling saya tidak gemar adalah mengopek kentang. Untuk kopek kentang haruslah mengunakan pisau potongan yang berkenaan. Jadi dengan mengunakan tangan kiri alat itu tidak dapat digunakan. Selalu saya kena marah dengan emak disebabkan kentang itu kelihatan buruk dan terlalu kecil.

Orang selalu kata orang-orang yang mengunakan tangan kiri ini istimewa. Saya tidak kearah itu. Saya tidak istimewa di kaca mata saya sendiri. Selalu orang yang tangan kiri ini memang gemarkan aktiviti kesenian. [mungkin juga kot sabab saya memang suka menjahit manik :p senikah itu?] Orang seni ini mengunakan otak kanan dan orang berkenaan sukakan aktiviti yang melibatkan pengiraan dan bukanlah penghafalan. [ok saya memang lemah dalam bab nak menghafal buku pelajaran TETAPI kalau dalam bab menghafal novel kegemaran memang saya pro]

Dalam keluarga saya hanya saya seorang sahaja yang mengunakan tangan kiri. Orang kata tangan kiri ini keturunan. Benarkah? Saya menanyakan kepada emak saya mengapa saya seorang yang berlainan. Dan emak saya menceritakan kepada saya. Semasa mengandungkan saya emak saya suka sangat tengok makcik kedai runcit itu memarut kelapa. Dengan kecekapan tangan kirinya emak saya kagum. Oleh itu terlekatlah [bak kata orang tua-tua terkenan]. Itulah asal usul mengapa saya tidak sama dengan yang lain.

Disebabkan tangan kiri saya selalu dimarahi oleh arwah bapak saya kerana saya mengunakan tangan kiri untuk makan. Beliau sampai ugut saya kalau saya mengunakan tangan kiri lagi. Beliau akan ketuk tangan saya dengan hammer. Aduhh sungguh sakit kot kalau kena [tetapi beliau tidak pernah pun buat. Kan saya anak perempuan kesayangan beliau].

Seperti saya ada seorang artis yang saya sukai dahulu [masa zaman persekolahn] ialah Yusri KRU. Beliau memang mengunakan tangan kiri. Beliau juga pandai melukis. Sangat cantik :)

Pakcik saya mengunakan tangan kiri. Tetapi saya sudah terlupa sebenarnya beliau memang tangan kiri. Baru-baru ini saya melihat pakcik saya menulis. Sangat cantik tulisan beliau. Kagum sebentar. Lalu saya menegur beliau.
Saya : Abah wan cantik tulisan eyhh?
Beliau : Hahhh cantik ker? ini baru abah wan guna tangan kiri belum lagi guna tangan kanan. Kalau tangan kanan lagi cantik. [dalam nada ketawa]
Saya hanya tersenyum dan mendiamkan diri. Maklumlah bekas guru besar pencen haruslah tahu mengunakan kedua-dua tangan. :p Seterusnya saya memberitahu tentang ketaksupan saya melihat tulisan beliau kepada emak. Lalu emak mengatakan beliau sememangnya tangan kiri. Aduh tertipu hidup-hidup saya oleh pakcik saya. Haaahhhaaa

Sabar........
Coretan seorang mengunakan tangan kiri
Saya dan tangan kiri
 

2 comments:

Anne :) May 13, 2010 at 2:51 PM  

orang yg pkai tangan kiri style kot :)

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP