Monday, April 19, 2010

Berita gembira + bukit Ampang

Saya gembira sekali hari ini. Pagi2 lagi saya sudah dapat msg daripada kawan baik saya di PUO mengatakan beliau selamat bersalinkan anak perempuan. Sungguh happy sekali. Saya tidak tahu nama baby gurl itu lagi. Bilalah dapat menjenguk baby itu. Sudahlah saya tidak ada cuti sekarang ini. Takper achik huda akan jenguk juga baby one dae ok. Dan berita saya dapat semasa lunch hour tadi mengatakan kawan saya sudah kahwin. Haiiii budak kelas saya kebanyakkan lelaki kahwin dahulu. Yang perempuan masih lagi anak dara sempurna. Bilalah pinangan akan diterima. Tahniah Hamsan. Semoga perkahwinan ini mengajar erti kamu bertanggungjawab terhadap keluarga. Si hamsan ini seorang yang super pemalu dan pendiam sekali didalam kelas saya. Saya mahu gambar kahwin kamu yer nanti.

Hujung minggu saya di rumah kakak saya. Seperti biasa aktiviti saya hanya berbual mengemas apa yang patut. Sabtu malam lalink telefon bagitahu beliau akan mengambil saya awal selepas maghrib. Siap pesan bawa kemera bagai. Saya pelik dengan sikap beliau. Mahu kemanakah? Nasib kamera memang bawa pun.

Seperti dijanjikan lalink mengambil saya. Saya mengikut sahaja kemana beliau mahu membawa saya. Maklumlah kereta kan beliau yang pandu. Tempat yang dimaksudkan ialah bukit ampang. Saya memang pernah ke sini kerana kalau mahu ke rumah makcik saya, jalan inilah bakal dilalui. Jadi surprise yang lalink janjikan itu hanyalah kekecewaan yang dapat. Yelah beliau terkejut saya tahu jalan ini. Takper lalink saya kagumi apa yang hendak dilakukan ini. Gambar juga diambil tetapi keadaan KL malam itu tidak dapat dirakam dengan jelasnya. Sayang bangat dekat kamu Wan Azfar:0

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP