Monday, March 29, 2010

Tentang Damia

Lagi tentang Damia. Anak buah saya yang sudah semakin pintar dan nakal. 2 minggu lepas sepupu saya berkahwin dan seperti biasa semua sanak saudara meraikannya. Saya pulang ke kampung tengah hari jumaat. Memang risau jikalau terlambat sampai. Almaklumlah mahu pulang kekampung saya itu harus melalui hutan banat. Memang menakutkan sangat. Abang saya terpaksa pulang lewat kerana kakak ipar saya mahu berjumpa doktor terlebih dahulu. Jadi wajib saya mengambil damia dan ina untuk pulang ke kampung.

Sampai sahaja di Selama jam menunjukkan pukul 6 lebih dan saya terus meletakkan damia kepada emak saya. Maklumlah opah yang terlalu merindui cucu tunggalnya. Saya tak tahu macam mana ttiba-tiba sahaja damia sudah berada di buaian hak milik ramai. Dan kanak-kanak yang lain berada di keliling beliau. Saya begitu terkejut damia pandai menyanyi. Sangat teruja mendengar suara beliau. Menabjubkan.....:)

Tu, Uwe, Iga ( satu dua tiga)

lalu berbuailah buaian tersebut


wai aju aju
ampai popop ena,
~~ alam aju,
~~~~~~~
emcum emcum emcum ( sambil badan melentok lentok )
uwong akak uwe


 
so chomelll sekali damia. tetapi ada yang tak best tentang damia. Buaian itu dijadikan hak milik abadi beliau. Boleh kah begitu?? Maklumlah sebelum ini semua barang tidak pernah berkongsi. Beliau lah ratu permata. Ada sepupu beliau (kakak ina) ingin bermain buaian. Terus beliau pergi dan memarahi kakak sepupu beliau.

Epi lah (nada perlahan)
Epilah (sedikit kasar)
Epilah (marah+menjerit+ menolak kakak sepupu beliau)

Begitulah telatah beliau. Haiiiiii.......

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP