Thursday, March 4, 2010

::T.E.N.T.A.N.G A.S.P.A::

Wan Azfar Bin Wan Ismail.

Si jantung hati saya (sila abaikan statement saya ini)

Bagi beliau keluarga, saya dan kawan2 beliau adalah harta bendanya.

Beliau begitu sensitif (berjiwa perempuan), sangat penyanyang, sedikit selekeh (pa jangan marah uda).

Jika saya berselisih faham dengan beliau saya seperti biasa masih cool [benarkah begitu] tetapi beliau akan mengadu dengan kawan2 beliau dan sekarang beliau tanpa segan silu mengadu dekat akak saya tentang perangai buruk saya [semestinya saya akan mendapat ceramah secara percuma selepas itu]

Secara terperinci mengenai beliau tidaklah saya ketahui tetapi selama bersama beliau apa yang saya dapat simpulkan:

  • Membantu dikala sesiapa orang penting dalam hidupnya menghadapi kesusahan. Perkara ini buka sahaja daripada pemahaman saya sahaja tetapi dipersetujui oleh orang disekeliling beliau.

  • Ringan tulang bila kene dengan masa sahaja.

  • Menghormati orang lebih tua daripadanya. [sifat ini sangat disukai oleh emak saya]

  • Suka buat lawak bodoh [kadang2 bila berjauhan saya rindukan lawak beliau]

  • Selalu cemburu tidak tentu pasal. Sebab itu saya sudah jarang menconteng muka saya.

  • Perangainya kadang2 kebudak-budakan tetapi perkara sensitif lebih dewasa daripada saya.

Antara kawan2 yang rapat dengan beliau:
Hilmi Nysa dan seangkatan dengan warga kj

Hilmi, Abas, Faris, Joe, Asrul, Ghazi dan oly.
Aspa akan mengadu tentang saya perangai saya kepada Hilmi dan nasib baik hilmi seorang yang cool akan menyuruh aspa bersabar.
Hilmi dan nysa adalah pasangan contoh bagi saya dan aspa.
Hilmi adalah mentor terbaik bagi Aspa.
Segala kata2 hilmi aspa akan terima bulat2. Tiada bantahan.
Sebenarnya Aspa dan Hilmi perangai lebih kurang serupa. Zodiak mereka adalah sama.
Oly kawan sejak zaman sekolah dahulu
Pernah berhadapan dengan krisis kerja + gf dan aspalah orang disamping beliau.
Sekarang beliau begitu bahagia. Alhamdullillah.
Pakcik saudara beliau yang hampir sebaya. Juna dan epy.
 
Pakcik saudara yang sekepala dalam minat yang sama.  


Koe dan nurul
Pasangan suami isteri yang menemukan saya dengan beliau
Pasangan tersebut hampir serupa dengan saya dalam segi usia.
Sekarang mereka tengah berbahagia dalam meniti hari menanti kedatangan orang baru

Wan Intan Ijat dan Nabila.

Wan dan Ijat adalah adik beradik.
Mereka tidak pernah lupakan aspa bila mahu kemana sahaja.
Bagi mereka enjoy haruslah dengan kawan2 disekeliling.

Capang Ijat dan Wan Cefirro.
Mereka adalah kawan yang baru dikenali sahaja tetapi apabila mereka perlukan apa pertolongan dan beliau boleh tolong akan beliau tolong.
Oleh itu mereka bertiga tidak akan berkira dengan beliau jikalau beliau ajak lepak walaupun sudah 1 pagi dan keesokkannya hari kerja.
Kawan2 club kereta beliau.
Kawan2 yang melantik beliau selaku naib presiden seawal penubuhan club ini.
Antara sahabatnya Jawa, Ika, Bob, Wan, B-one, Kamal, halim, man dll.

Kawan2 di kampung halaman beliau [seksyen 7  macamlah kg sangat]
Kawan2 semasa beliau melalui hidup sebagai remaja.
Antaranya : Anas, Hafis, Hilmi, Fauzan dll.
Ketika saya keluar bersama beliau dan tiba2 kawan beliau meminta pertolongan daripada beliau dan secara outomatik beliau akan menyuruh saya memahami situasi dan memohan persetujuan untuk membantu kawannya.
 
 Itulah secara rawak tentang Wan Azfar Bin Wan Ismail.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP