Monday, March 8, 2010

kereta + kari telur + motosikal + kelab S.A

1. Kereta kecil saya

Alhamdullillah kereta saya selamat dimandikan dengan meriah sekali. Buih2 sabun disekeliling beliau. Dan cat biru di pintu belakang pun sudah hilang (akibat orang biadap melanggar kereta saya). Sebenarnya bukan susah pun nak hantar kedai tetapi perangai M saya untuk memandu di hujung minggu begitu tinggi. Bila kereta sudah mendapat tanda biru, ekzos pula patah dan harus digantikan segera. Ini untuk mengelak risiko lebih tinggi yang bakal dihadapi. so sekarang kereta saya sudah pulih tetapi cat sudah mati. Dalam berkira-kira untuk touch up balik. Minta2 impian saya terlaksana.

2. Kari telur dan motosikal.

Saya sudah lama mahu memasak kari telur sahaja. Resipi daripada emak saya [ofcoslah:)]
  • Telur rebus
  • Kentang
  • Serbuk kari daging
  • Santan
  • Kerisik
  • Kulit kayu manis, Bunga lawang
  • Bawang merah, Bawang putih, Daun kari.
  • Assam keping

Cara2nya:
  • Panaskan minnyak dan tumis bawang merah bawang putih serta daun kari. Masak sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan serbuk kari dagging yang sudah dibancuh bersama air. Biarkan sehingga pecah minyak.
  • Setelah itu, masukkan santan, kerisik, assam keping, kulit kayu manis, bunga lawang dan juga kentang. Masak sehingga kentang itu empuk.
  • Setelah itu masukkan telur rebus tadi
Bagi saya dan keluarga, kami gemarkan kari yang pekat

Wan meminta pertolongan saya untuk menghantar beliau ke komuter. Tetapi, malangnya kereta bersama lalink. Untuk tidak menghampakan beliau saya bersetuju untuk membawa beliau menaiki motosikal. Serius saya memang cuak. Sudah lama tidak menunggang motosikal + motosikal itu sangat tinggi bagi saya. Saya bagitahu lalink berkenaan saya hendak membawa motosikal. Tentangan daripada beliau adalah 100%. Saya abaikan leteran beliau. Dengan azam dan iltizam yang tinggi saya telah berjaya menunggang motosikal.

Saya mempunyai lesen motosikal sebenarnya


3. Kelab Shah Alam

Petang sabtu lalink col ajak saya pergi makan. Haahhhh? makan dengan mak dan yang lain. Malu kot. Tapi dalam hati saya berdoa supaya lalink main2kan saya sahaja dan sebenarnya haluan makan malam di Soeul Garden bersama bebes q2-41b. Impian saya hanya angan2 dan sebenarnya kereta memang menghala di seksyen 15. Mualah perasaan cuak saya muncul. Aduhaiii huda mengapa perlu begini. Kenapa perasaan saya tidak tenteram. Nak kata tak pernah jumpa ibu beliau adalah bos saya bekerja. Lalink sudah marah2 dengan sikap saya. "pa uda tak nak turun, takper pa pegi makan uda tgu dalam kete yerrr. Jgn risau uda selamat". Mulalah sessi membuka pintu tanpa dipinta untuk saya. Terpaksa saya keluar juga. Aduhaiii mak, bukan mak ayah dan adik beradik beliau sahaja, pokdi, cik san, gee, pang dan si chumell lokman pun ada. Barulah saya tahu makan2 semperna bufdae pokdi. Makanan saya sudah di order oleh emak beliau. Sedap:) Sampai rumah saya terasa lega kerana tadi perasaan saya begitu gementar. husssshhh lega.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP