Wednesday, March 3, 2010

mimpi dan saya

Sebelum tidur
*Pakai bedak sejuk yang menyamankan :)
*Basuh kaki sampai kaki sejuk [cuacakan panas sekarang]
*Baring dengan selesa diatas katil bujang saya
*Baca ayat kursi + 3 qul + mengucap [manalah tahu meninggal dalam tidur]

harap dapat tidur yang nyenyak supaya esok lebih segar.

TETAPI

sejak 2 hari lepas saya mendapat mimpi yang bukan2. Sedikit pelik.

::mimpi dua hari lepas::

Dalam keadaan yang kurang pasti saya dimana. Tetapi mimpi itu menakutkan saya. Gigi siong saya patah. Saya sangat takut. Bak kata penafsir mimpi kalau gigi patah ada orang mahu tinggalkan kita. Cukuplah saya merasa kehilangan arwah bapak saya dahulu. Kehilangan beliau sampai kini saya terasa. Walaupun hampir 4 tahun pemergian beliau tetapi saya masih terasa beliau berada disekeliling saya. Saya rindukan bapak saya. Al-fatihah untuk beliau. Gigi siong saya diatas bermakna orang yg lebih tua daripada kita. Keesokkannya terus sahaja saya menelefon emak saya. Takut berlaku apa2 terhadap beliau. Alhamdullillah beliau selamat dan sihat sejahtera.

::mimpi semalam::

Masih kurang jelas lokasi dimana tetapi saya bersama kakak saya sedang menghadap adik saya. Dalam mimpi berkenaan beliau sudah meninggal tetapi otak beliau masih berfungsi. Kulit beliau kering dan ada yang merekah. Dalam  mimpi berkenaan hanya ada emak saya sahaja sedang memasak dirumah. Mimpi tersebut menakutkan kerana adik saya boleh hilang dan muncul dimana-mana. Takut memang takut tapi risau akan keadaan beliau lagilah tinggi. Kini, saya masih menunggu sehingga petang supaya saya boleh menelefon beliau bertanya khabar. Harap tidak ada apa2 berlaku. 

Harapan saya kini

Moga dijauhkan mimpi yang bukan2. Mimpi hanya mainan syaitan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP