Tuesday, March 2, 2010

perihal FB

Sudah lama saya ada account fb ini. Tapi tak tahu kenapa saya memang susah benar nak add kawan2 lelaki samasa saya di sekolah sehinggalah zaman belajar saya. Saya bukan sombong dan lupa akan kawan2 lama saya. Merekalah kawan2 saya ketika saya membesar tahu erti kehidupan dunia ini. Sampaikan kawan saya msg saya di inbox fb mengatakan saya sombong, tak mahu join kawan2 punya plan. Yang sorang lagi merayu untuk saya approvekan beliau. Macam mana saya mahu berhujah yerr.

Masa zaman friendster dahulu, pantang sesiapa request terus sahaja saya approve dan langsung tidak ada function sebagai kawan. Bila saya join group yang terdapat disitu mulalah sesiapa yang tak pernah jumpa tak pernak kenal mengajak saya keluar. Sebagai orang kecewa dikala itu (sebelum berjumpa lalink) saya melayan sahaja TETAPI tak pernah kot berjumpa. Sehinggalah detik2 pertemuan saya bersama lalink. Saya begitu bahagia dengan beliau dan langsung tidak melayan friendster ke bagai.

Satu hari, lalink meminta email saya dan password friendster saya. Saya tanpa syak wasangka terus memberi kepada beliau. Tetiba beliau text saya mengatakan saya curang. Disebabkan masa itu saya begitu sibuk dengan kerja yang tertangguh saya mengabaikan msg tersebut. Pabila malam mendatang seperti biasa lalink mengambil saya untuk keluar makan. Biasalah bf yang baik selalu menjaga pemakanan gf mereka. Tetapi beliau diam dan tak berkata apa2. Bila disoal beliau mengatakan beliau begitu hampa dengan saya. Saya tidak jujur bersama beliau. Bila dijelaskan secara terperinci tentang situasi saya dikala itu beliau menerima ulasan saya tetapi beliau masih ragu2 akan diri saya ini.

Setelah dua tahun berlalu tragedi itu masih saya ingat. Saya tidak mahu menghampakan beliau. Saya cuba jadi sejujur, seikhlas yang mungkin. Oleh itu bila saya buka acc fb saya hanya approve kawan perempuan saya sahaja tetapi jika perempuan request tetapi saya tak kenal saya tidak akan approve. Bukan saya memilih dan sombong untuk berkawan. Tetapi 2 minggu lepas kawan lalink request saya dan lalink suh saya approve. Macam mana. Janji saya tidak mahu approve. Bila begitu saya memohon untuk approvekan kawan2 lelaki ketika saya belajar. Beliau macam kasi tapi macam tidak. Oleh itu saya buat keputusan untuk approve kawan2 yang saya kenal sahaja sehingglah friend request saya mencecah 100 orang.

1 march 2010 friend request saya telah mencecah 100 orang jadi saya approvekan kawan2 semasa disekolah dan poli. Kawan lalink ofcoz saya approve jugak. Tetapi ada orang lain juga yang saya tak approve. Tengoklah macam mana.

Disini saya nak beritahu untuk acc fb ini saya akan lebih berhati2 lagi. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pisang yang tak setia terhadap pasangannya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP