Wednesday, March 10, 2010

berat dan saya

Perut mengendut,
Lengan mengelebeh,
Paha besar mengila.

Itulah keadaan fizikal saya kini. Saya mahu kurangkan berat badan saya. Mahu berjogging di petang hari tetapi keadaan membataskan saya untuk itu. Sampai sahaja rumah jam sudah 6:40 petang. Belum rehatkan diri daripada kepenatan bekerja.

Teman rumah saya mengamalkan aktiviti berjoging selepas waktu kerja. Ternyata usaha beliau selama ini membuahkan hasil. Saya kagum dengan beliau. Saya mahu seperti beliau. Selepas pulang dari tempat kerja jogging di taman sekurang-kurangnya 1 pusingan sebelum waktu menginjak maghrib.

Bolehkah saya menjadi seperti beliau? Harap sangat impian saya untuk turunkan berat badan berhasil. Setakat memakai losyen untuk kurus tidaklah berkesan sangat. Harus ada usaha yang gigih.

Berat badan saya sekarang tidak pasti berapa. Mungkinkah sudah melebihi 47kg ataupun masih seperti biasa. Berat yang diidamkan oleh saya ialah 40kg bersesuaian dengan kerendahan ketinggian saya. Adakah impian anggun saya akan tercapai?

Sedih melihat rekahan di sekitar paha betis. Saya tidak mahu ia melarat. Bantu saya kawan2 untuk menguatkan azam saya kini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP