Friday, March 12, 2010

kaya bukan ukuran

Adakah kaya menjanjikan kebahagian?
Adakah miskin menjanjikan kesengsaraan?

Saya ada seorang kawan yang masih bujang dan masih mencari teman istimewa. Kawan saya ini cantik dari segi rupa paras. Ketinggian pun tidaklah saya boleh tandingi. Malangnya beliau terlalu memilih teman untuk berkawan. Sesiapa yang hanya bermotosikal jangan harap mahu mendekati beliau. Sesiapa yang gaji sikit jangan harap boleh bergaul dengan beliau. Jadi sampai sekaranglah membujang. Kesian beliau.

Saya sendiri tidaklah begitu memilih untuk itu. Cukuplah jika saya ada seorang suami yang begitu membahagiakan saya hendak. Itu sahaja harapan saya. Tipulah saya tidak cemburu dengan teman yang senang dari segi duit ringgit. Tapi itu semua bukan punca kita akan berbahagia bersama pasangan. Hidup ini ada pasang surut. Saya cuma mengharapkan suami yang memahami, penyanyang dan menjadi ketua keluarga untuk saya dan anak2 dimasa akan datang. Itu sahaja impian saya. Harap menjadi kenyataan.

Teman istimewa saya sekarang tidaklah berkerja tetap. Gaji bukan masyuk macam orang lain. Duit akan dapat bila kerja ada. Itu sahaja. Tetapi sekarang saya selesa dan bahagia dengan apa yang kami ada sekarang. Beliau boleh membantu saya dengan segala kesulitan yang saya alami. Begitu bertanggungjawab.

Saya harap sangat lelaki yang berduit yang berkereta besar yang berpangkat bukan menjamin hidup kita untuk senang bersama beliau. Carilah lelaki yang memahami perangai buruk kita. Jangan berkahwin setahun dua dan bercerai akhirnya. Harap bukan itu terjadi kepada saya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP