Friday, February 5, 2010

separuh jiwaku pergi

Anang - Separuh Jiwaku Pergi
Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Lagu ini saya selalu dengar di corong radio. Saya tidak kisah sangat kerana saya selalu risau kalau saya lambat ke tempat kerja. Dengar radio hanya peneman saya dikala saya sunyi.. Tapi, ada satu hari masa dekat traffic light tetiba lagu ini diputarkan. Saya hayati. Sumpah saya sedih. Dengan suaranya yang begitu mendayu lirik begitu menusuk jiwa saya menangis. Begitu saya tidak malu dengan motosikal disebelah saya. Yelah mungkin mereka ingatkan saya gila menangis dalam kereta. Saya tak tahu mengapa perlu saya menangis. Saya pasrah dengan tanggapan orang lain kerana diri saya begitu sensitif terhadap lagu ini..

Semalam, lalink meminta tolong saya membasuh seluar jeans beliau. Dengan berat hati saya bersetuju. Yelah seluar beliau begitu besar bagi saya. Saya pernah bertanyakan beliau mengapa tidak mengunakan mesin sahaja. Dengan santunnya beliau menjawab nanti seluar luntur. Huisshhh....Terpaksa. Semasa pemberian bebanan itu kepada saya mak beliau ternampak. Lalu bertanyakan tentang keadaan sebenar. Selepas jawapan yang bernas daripada lalink mak beliau hanya tersenyum dan menyuruh saya meminta upah kepada lalink saya... Pa uda nak hp macam jun pyo. Bolehkah ini dikira upah terhadap 2 helai jeans beliau.

Aktiviti merendam seluar dilakukan. Okey sangat hapak seluar beliau. Macam mana beliau boleh tahan untuk memakai seluar itu. Tiba2 saya terjumpa benda yang sungguh misteri. Sehelai kertas maaf saya cuba untuk scan bukti berkenaan tetapi mesin scan saya rosak.harap maklum

CAK ! :P
NAK NO TEPON LEH?
SILA TULIS DIBAWAH
0_ _ - BLABLAA HAHAAH:)

Add FB !! hazirah 2yrh
-just_2yrh@yahoo.com

apakah ini tanda bukti kayu 3 lalink saya?

Tangan terketar lutut terasa lemah tetapi saya menguatkan diri untuk mengambil air sembahyang. Subuh harus dikerjakan terlebih dahulu. Haruslah budak bilik saya pun tahu kes ini. Afta selesai saya terus msg nysa ramly mengadu masalah berkenaan. Beliau memang sudah kenal dengan saya since saya menjalinkan hubungan dengan lalink. Segala pergaduhan, pertengkaran, pembalingan barangan pinggan mangkuk beliau ada biasalah hiperbola saya sukaaaa. Beliau memberi kata2 nasihat dan peransang supaya saya tidak bertindak terburu-buru dan menyuruh saya mencari siapakah sebenarnya perempuan itu dan kejadian sebenar tentang surat berkenaan.

Ya Allah jika benar ujian daripadaMu Ya Allah aku redha. Kuatkanlah semangat aku untuk meneruskan hari2 mendatang. Amin...

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP