Monday, February 8, 2010

kursus praperkhawinan

Yeahhh....
Akhirnya lenyaplah ketakutan saya selama ini dengan menghadiri kursus praperkhawinan. Kursus diadakan pada sabtu dan ahad bermula 8:00a.m dan berakhir 5:00p.m. Jadi saya tidak perlu takut lagi kerana saya tidak akan menjalani kursus 3 hari 2 malam. Alhamdullillah....

Sabtu.
Seperti biasa saya wajib bangun awal kerana saya risau dengan kebolehan saya dalam pemakaian selendang. Maklumlah semasa sessi percubaan dulu pun saya mengambil masa selama 1 jam. Bangun pukul enam terus kejut lalink. Seperti biasa beliau sememangnya liat sangat mahu bangun. Penat saya mendengar orang pompuan cakap.Agak lama barulah beliau bangun. Yupp saya ambil masa meyiapkan diri saya hampir satu jam. Dari 6:30a.m hingga 7:30a.m. Memang saya takut terlewat tetapi saya memang tidak selesa dengan tudung saya itu. Sebelum ke masjid perut haruslah diisi supaya tidak sakit perut menahan kelaparan. Sarapan di Mais. Nasi lemak cukup mengenyangkan saya.

Hari ini ada 5 segmen. Segmen2 tersebut menerangkan cara menghadapi hari bahagia dan kehidupan selepas bergelar raja sehari

Segmen pertama :
Saya suka ustaz ini memberikan penerangan. Prosedur bagaimana kita perlu buat sebelum ijab dan kabul. Banyak sebenarnya perkara2 wajib perlu dilakukan. Beliau begitu santai dengan ulasan yang diterangkan. Kami semua ketawa tidak ingat dunia. Maklumlah lawak beliau begitu mencuit hati. Ustaz berkenaan menceritakan alam perkahwinan beliau dan cara tangani masalah yang berlaku. Memang tips yang berguna. Jikalau saya tidak memahami saya akan hubungi ustaz ini kerana penerangan yang diberikan begitu sempurna. Bagus ustaz suhaimi..

Segmen kedua dan ketiga berkenaan wang dan cara penggunaannya.
Semasa segmen ini serius saya katakan saya mengantuk kerana ulasan ustazah berkenaan tidak mencuit hati saya. Mungkin ini tajuk biasa bagi semua orang. Harus bezakan keperluan kehendak dan simpanan. Mungkin juga waktu berkenaan waktu sesuai untuk tidur jadi semasa pembentangan beliau memang ramai pendengar yang tidur..

Segmen keempat
Cara tandatangani stress. Ustaz tersebut juga membuatkan pendengar tidak kering gusi. Ustaz ini mengulas sedalam2nya sehinggalah hubungan suami isteri. Malu memang malu tetapi semasa sidang ini diadaakan semua orang dalam keadaan terbuka.

Segmen kelima
Kesihatan dan beliau menunjukan proses kelahiran seorang bayi lelaki yang beratnya 5kg lebih. Memang susah bayi tersebut mahu keluar. Semasa video ini disiarkan saya menangis kerana saya teringatkan betapa payahnya emak saya melahirkan saya dahulu. Memang insaf dan saya berasa takut untuk mengandunglah. Takut saya tak kuat untuk beranak nanti.

saya dipagi hari
Dibekalkan beg dan bahan semasa mendengar taklimat

 
Ahad saya bangun seperti biasa. Kejutkan lalink saya. Siap2kan diri. Rapikan diri. Harap2 hari ini penceramahnya nanti seperti semalam.

Segmen keenam
Ulasan mengenai Akhlak setiap insan. Biasa sahaja dan sedikit bosan. Hahahaha

Segmen ketujuh
Memang bosan kerana saya mahu tidur. Hahaha tiada lawak seperti semalam.

Segmen kelapan
Ulasan tentang cerai fasakh dan taklik. Segmen ini seperti mahu setiap pasangan bercerai sahaja. Ini pendapat saya. Tetapi saya sekadar mendengar.



Sessi pemberian sijil pra perkahwinan. Okey saya suka cover beliau. Sangat cantik.

Itulah aktiviti hujung minggu saya bersama lalink. Alhamdullillah selesai dengan tenangnya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP