Thursday, February 4, 2010

Masih menunggu

Saya bukan semangat sangat nak hadiri kursus khawin tue tapi saya takut saya kene bermalam semata-mata kursus itu. Jadi untuk tidak mahu kejadian itu berlaku lalu saya bersama lalink berpakat mahu menghadiri kursus tersebut. Lalink menghantar borang pada 20 january 2010. Berkemungkinan besar kursus tersebut pada 23 & 24 january. Tetapi lalink memberitahu kursus terpaksa ditunda disebabkan borang hantar lewat. Saya tidak baca msg penuh daripada lalink dan saya menganggap 30 & 31 january 2010 ini kursus yang patut saya hadiri disebabkan kelewatan menghantar borang. Hari khamis (mybe sudah lupa) baru tahu keadaan sebenar. Tarikhnya adalah hujung minggu ini 6 & 7 February 2010. Syaratnya perempuan wajib menutup aurat (pakai tudung dan berbaju kurung). Oleh itu saya sudah membeli sehelai selendang. 2 hari lepas saya bertungkus lumus mengayakan selendang tersebut. Hasilnya selepas 1 jam prosesnya :


sebenarnya selendang ini tidak serupa dengan warna baju yang saya mahu pakai tetapi memandangkan sudah beli jadi terpaksa pakai baju kurung lain yang seakan warna selendang tersebut.

Rasa macam tak percaya sebenarnya saya sudah berada di tahap wajib khawin. Dulu masa kecil2 saya selalu memikirkan siapakah suami saya. Saya tidak mahu lelaki yang garang dan tidak mahu juga lelaki yang dayus. Dalam erti kata lain tegas tetapi penyayang.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP