Thursday, December 17, 2009

Kepenatan yang dialami.

Isnin (7/12/2009) saya sangat sedih. Tengah hari emak col tanya nak tak makan gulai telur. Sudah lama saya tidak makan tahu. Kalau saya mahu emak saya kirim dengan akak saya yang mahu blk kl. Saya sungguh teruja sekali. Macam terasa dihujung lidah sahaja. Sekarang pun sama. Saya minta khidmat lalink untuk ambil dekat akak saya. Tetapi beliau sibuk sekali. Tsahu sibuk pasal apa. Sibuk bersihkan bini ke2 belaiu. Sangat kecewa dengan lalink saya. Disebabkan kecewa adalah ayat2 chinta maki hamun dilemparkan. Banyangkanlah saya sanggup taknak lunch disebabkan mahu makan gulai telur sepuas2nya nanti.

Orang kata jangan terlalu berangan nanti buruk akibatnya. Itulah saya memang sangat kecewa. Kecewa dibawa sampai balik. Masa saya mahu undur kereta saya rasa sangat berat. Tetapi saya gagahkan jua memandu. Selepas itu saya parking. Aduyaiii tayar pecah. Macam mana ini. Sapa punya kerja. Telefon lalink. Dia kata kalau boleh bawa saya bawalah kereta kalau tidak tunggu dia dulu. Kereta dia tengah que untuk dibersihkan. Banyangkanlah 6 biji lagi belum setle. Memang saya baran. Terus saya bawa tanpa menghiraukan keadaan tenat kelisa saya itu. Pasang radio kuat2 supaya hati saya tidak sakit. Sampai sahaja saya di Esso saya cuba unutk mengisi angin kereta. Harapan musnah mungkin disebabkan pam itu rosak. Ok saya cuba si stesen Shell. Tidak berjaya juga. Kebetulan pengkid datang menghampiri saya untuk menghulurkan bantuan. Dia cuba pam tetapi tidak berjaya. Dia cuba menawarkan pertolongan terhadap saya tetapi dengan lemah lembut sopan santun saya menolok penawaran beliau. Bukan disebabkan saya belagak ok tetapi disebabkan saya terlalu stress sangat ketika itu. Terus ke Petronas baru. Dengan harapan tayar saya kembali terisi angin. Memang tidak berjaya juga. Saya mula pelik. Takkanlah semua pam di stesen minyak rosak. Cuba isi angin tayar yang lain. Boleh pula. Frust memang tak boleh. Yang tinggal satu sahaja. Telefon lalink dan suh dia setlekan semua ini.

Agak lama juga menunggu akhirnya lalink sampai bersama myvi yang paling berkilat. Nyampah.. Disebabkan kau myvi kelisa saya ini menunggu lama. Kesian tahu dahlah nazak kaki sebelah rosak. Ok lalink pun mengantikan tayar spare. Memang sakit hati jer tengok rim kompang. satu. Nampak buruk jer kelisaku sayang. OMG bukan sahaja tayar saya pecah malahan sport rim saya turut pecah. Garu kepala sekejap. Memang pening. Lalink cuba menenteramkan saya. Beliau kata boleh repair lagik. Kena hantar doktor tayar nih.

Isnin (14/12/2009) sport rim saya sudah sembuh. Tetapi lalink pesan jangan langgar lubang lagi sebab takut pecah balik. Nampak gayanya saya kenalah tukar sport rim baru. Yeahh impian tahun 2010 sport rim baru untuk kelisa saya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP