Thursday, December 24, 2009

Benarkah ini


Semalam,

Hati tidak tenang. Cuba ditenangkan dengan mengumpat bersembang dengan kawan2 rumah sewa saya. Dapat col dari lalink dia tidak dapat menjemput saya untuk pergi jumpa ibunya. OMG saya kene drive sendiri. Pasrah kini. Ada hal penting katanya. Kerja sudah beres tapi satu clue saya dapat. Ini dugaan saya sahaja. Dia keluar dengan ....... Adakah betul. Yelah semenjak ........... datang selama itu dia tidak dapat jumpa saya. Saya benci perasaan ini. Saya tidak mahu ini berlaku. Saya tak mahu cerita lama berulang kembali.

Saya text BFF saya tetapi malangnya dia tidur awal. Saya tidak dapat lena seperti malam semalam. Kenapa agaknya air mata saya keluar mencurah-curah. Semakin saya mengelapnya semakin deras air mata saya keluar. Adakah ini dugaan dariNya.

Pagi tadi lalink saya hubungi saya menanyakan masa perjalanan komuter. Maklumlah saya ini memang penguna komuter 5 hari seminggu. Saya keliru kenapa dia bertanyakan hal itu. Sedangkan selama ini saya memaksanya untuk berjalan-jalan menggunakan kenderaan awam dia memang tidak suka.

Setelah selasai urusan saya di MBB saya terus ke komuter untuk pergi ke tempat kerja. Owwhh saya nampak ................... ada sekali. Bersama dengan keluarganya. Saya keliru dengan lirikan matanya terhadap saya. Saya cuba memaniskan muka terhadapnya nyata responnya -ve. Saya tidak tahu apa salah saya. Semasa saya menulis air mata saya tetap bermain-main ditubir mata. Malunya kalau saya menangis di sini. Tetapi saya pasrah..............

P/S : saya tidak suka perasaan saya sekarang

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP