Wednesday, October 21, 2009

dibuli + cita-cita saya

saya masa sekolah selalu kena buli. kena buli dengan budak lelaki. balik rumah mesti menangis punya. adatlah perempuan + budak kecik + air mata = tradisi. paling saya tak lupa. kenangan itu kembali terlayar di kotak minda saya semalam. jadi saya mahu coretkan dalam ini blog.
masa tu saya darjah 2 = umo 8 tahun. dalam kelas saya duduk sebelah budak lelaki + paling nakal dalam kelas + paling suka memalukan saya = mohd firdaus. hari itu saya terlupa siapkan kerja sekolah jadi cikgu saya bernama rohaya mendenda saya. jadi saya kena berdiri atas kerusi. memang memalukan sungguh. menyesal tidak siapkan kerja sekolah. sedang saya berdiri kerana menjalani hukuman daripada cikgu, tiba2 skirt saya diselak beberapa kali sambil diketawakan kawan yang lain kerana ternampak ...........bila saya marah dia buat slumber tanpa rasa bersalah. sambil mengejek panties saya berwarna hijau. memang malu tahap gaban beranaklah waktu tu. nekad saya turun dan memberitahu cikgu.
cikgu, firdaus selak skirt saya..lalu cikgu menyuruh saya kembali menjalani hukuman sementara memangil firdaus kehadapan. dengan sekali sebatan di punggungnya die terus kembali ke kurusi sambil membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.
disebabkan kenakalan beliau yang tak dapat dibendung itu, cikgu memilih beliau sebagai ketua kelas. bayangkan kelas saya diketuai oleh samseng. ohh memang tidak logik. bila dibantah oleh murid lain cikgu menyuruh kami semua diam. cikgu mengenakan syarat kepada firdaus berupa die harus memastikan kelas sentiasa diam semasa pertukaran guru. kelas sentiasa bersih. kalau tidak die harus menanggung dengan dikenakan hukuman daripada cikgu.
memang tidak dapat dinafikan semenjak beliau mnjadi ketua kelas, kelas saya kelihatan lain sekali. semua kawan2 mendengar arahannya. bersih + diam. ramai cikgu memuji kerana kredibiliti die menjaga kelas. tetapi cikgu rohaya guru kelas saya memberitahu saya sebab die memilih firdaus
firdaus = paling nakal + paling banyak mulut + suka menyepahkan kelas. jadi kalau die diberi tanggungjawab menjadi ketua automatik kelas berubah. sejak hari itu saya berazam mahu jadi guru. sebab cikgu saya pandai.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP