Monday, November 2, 2009

Sabtu yang bosan

Sabtu lepas saya sendirian tanpa teman yang menemani saya. Sendirian tanpa lalink yang sibuk bagai. Sepi untuk sekian kalinya. Amat sedih bila ditinggalkan. Jumaat malam saya berjanji dengan uotmatez mahu berjogging bersama dan menikmati roti canai selepas itu. dan saya memberitahu lalink dengan belagaknya saya tak mahu diganggu pada sabtu. Ttp akhirnya nur kasih huda terpaksa bermalam di Ampang. Memang plan totally cancel. Argghh tak dapat  tarik balik kata2 saya. Nak pujuk ajak kuar sabtu malu. akibat mulut badan binasa..


Sabtu 31 Oct
6:30 a.m : Bangun solat. Dalam hati mahu jongging sendirian. Ttp bantal sudah memanggil. Lupakan niat suci murni untuk sihat.


9:00 a.m : Huargghhh mornik huda. Selamat berhujung minggu. Siapkan diri. Sasaran utama toilet.


9:20 a.m : Haiii pa, watpe skg? bz eyyhh? ok tak mahu ganggu.


10:00 a.m : Basuh baju kerja yang seminggu tersadai dalam basket. Sambil menyental sambil menangis. Rindunya dekat pa


11:00 a.m : Iron baju untuk seminggu kerja.


12:00 a.m : Sidai baju tapi hari masih mendung lagik. Gamaknya hapaklah baju nih. Nasib guna softener.


12:30 p.m : Mencari apa yang boleh dimakan. Saya dengan mira membuat nasi lemak. Sungguh teruja kerana ini merupakan percubaan pertama kali saya. Alhamdullillah nasi lemak selamat dimakan dengan kenyangnya.


1:30 p.m : Bersedia untuk zuhur. Zuhur dan lepak dalam bilik sementara mira tengah siap untuk dating wit edy. Sangat jelous tahu. Meratap pilu diatas ketelanjuran kata2 ini.


2:30 p.m : Baca novel sampai larut.Senang hati tidur tanpa diganggu.


5:30 p.m : Bangun dengan kecoh2 dan solat. tengok tv sambil mencuba hubungi lalink. Sungguh bz ya die. Mungkin happy takde mak nenek  saya ini bising ditelinga. Sesi pujuk memujuk ajak kuar malam nih. Sumpah bosan sangat seorang diri dirumah ini. Deal punya deal saya berjaya memujuk beliau untuk kuar. Planning kuar pukul 8:30pm.


8:30  p.m : Lalink col bagitahu lambat sikit...huaaarrgghh menangis saya dalam hati. Tetapi saya tidak pulak memarahinya kerana terlewat. Sungguh baik hati saya hari ini.


9:00 p.m : Yeahh keretanya dihadapan rumah. Alhamdullillah saya kuar jugak dari rumah.


11:00 p.m : Balik dengan senangnya dan tidur. Esok jumpa lagi lalink saya. baru jer lepas jumpa tapi rasa rindu masih ada. malu




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP