Sunday, July 11, 2010

Dugaan demi dugaan

Semalam selepas subuh emak menelefon kakak dida. Emak menangis teresak-esak bertanyakan keadaan saya. Seperti biasa kakak saya tidak mahu emak berterusan bimbang akan diri saya. Kakak memberi telefon untuk bercakap dengan mak. Bagi salam [adatlah orang islam]. Terus emak menjawab salam dan dalam keadaan teresak-esak emak menyuruh saya banyak bersabar dan tabah dengan dugaan ini. Mungkin ada hikmah disebaliknya. 'Nurul hang kene banyak bersabar, emak baru berdoa supaya ang tabah dan cekal hadapi dugaan. Jangan ingat lagi benda yang dah lepas. Emak sekarang ada kat masjid [emak saya sekarang berada di terengganu mengikuti rombongan]. Kejap lagi mak telefon lain. Ingat mak sentiasa mendoakan anak-anak mendapat yang terbaik.' Sedikit kata-kata daripada mak saya.

Memang dugaan ini begitu kuat dan terlalu berat untuk saya tempuh. Lalu saya memerlukan sokongan orang-orang disekeliling saya. Saya amat perlukan. Kini saya tidak tahu apa telah terjadi dengan berat badan saya. Dahulu jogging + makan = berat tetap tiada perubahan. Sekarang ini saya makan [tetapi sedikit] berat saya ketara menurun. Mendadak.. Tidak!! semua baju yang saya pakai tidak sesuai dengan saya. Kakak saya sungguh terkejut dengan perubahan fizikal saya. Sehinggakan jam tali hitam saya boleh dipusing-pusing. Dahulu jangan nak harap boleh dipusing begini. Sungguhkah saya kecewa begini.

Setiap kali sembahyang saya akan menangis kerana fikiran ini masih mengingatinya lagi. "Ya Allah jika benar beliau jodoh aku maka aku hambamu mengharapkan lembutkanlah hatinya dan kuatkanlah jodoh kami. Dan jika benar beliau bukan jodohku maka jauhkanlah fikiran ini yang ketika ini asyik memikirkan tentang beliau." 

2 comments:

Naima is IMMA July 13, 2010 at 12:36 PM  

Sabar lah huda... setiap yg terjadi ade hikmahnyer... mungkin ko lum nampak lg, tp nanti ko pasti akan bersyukur dgn ape yg ko lalui skrg... aku ngan geng2 lain sentiasa ade blakang ko... ko sedih, kitorg pun sedih gak... percaya lah "sesudah kesulitan, pasti pertolongan Allah itu makin dkt"...

huda razak July 17, 2010 at 4:42 PM  

AKwan aku ada cakap kalau Allah uji kita bermakna Allah sayang kita. Dan mak die pun cakap mungkin die tak terbaik untuk aku. Untuk masa kini aku hanya perlukan die sahaja. Akal otak aku semua degil dan asik fikirkan die jer. Sakit imma. Nilah yang paling sakit aku kena hadapi yang dulu tak seteruk nih.

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP