Thursday, June 3, 2010

Tentang Damia

Saya sangat rindukan beliau. Hampir empat bulan saya tidak ketemu. Mahu pitam dengan peragai beliau sekarang. Penat tetapi menghiburkan. Damia sekarang sudah 1 tahun 10 bulan. Sudah semakin pintar.

Jadi kakak
Bila ditanya damia kaklong ker kakyong. Dia akan menjawab kakyong. Dia sangat jeles dengan kehadiran putera didalam ahli keluarga kami. Mana tidak cemburu beliau baru sahaja hendak mencapai umur 2 tahun tetapi sudah ada adik [pesaing terbaik]. Mula-mula jumpa adik beliau di hospital muka masam sahaja. Sehinggalah ibu beliau memegang beliau baru boleh tersenyum. Tetapi hanya sedikit. Saya faham perasaan beliau. Beliau suka membelai pipi adik beliau [belai secara kasar]. Ini menakutkan emak saya. Maklumlah pewaris razak ramlan. Beliau tidak boleh opah beliau memegang adik beliau. Mesti nangis tidak ingat dunia.

Bersoal jawab
Saya pulang hari khamis tengah hari. Ini disebabkan oleh emak yang sangat merindui risau cucunya. Emak risau dalam perjalanan waktu malam budak-budak mudah tertegur. Jadi harus 1/2 day. Dalam perjalanan Ipoh-Taiping mulut damia tidak pernah berhenti membebel [mulut berek = kakak saya sewaktu kecil]. Saya suka mendengar suara yang keluar daripada mulut si kecil. Menurut ibunya bila ditanya antara dua beliau akan menjawab yang belakang sahaja. Contohnya 'Damia busuk ker wangi?' Damia 'wangi'. 'Damia wangi ker busuk?' Damia 'Busuk' [sambil tangan mengipas-ngipas hidungnya]. TETAPI satu soalan yang diajukan oleh kakak saya membuatkan saya ketawa besar. Aduh damia sungguh pelawak. Kakak 'Mia nak main playground ker jumpa opah?' Damia 'Opah'. Kakak 'Mia nak jumpa opah ker main playground?' harus damia menjawab playground tetapi beliau menjawab 'Ntahlah'. Memang perkembangan otak yang bagus.

Gelagat beliau
Malam sabtu kami semua pergi ke Tesco. Semua orang geleng kepala melihat beliau yang terlampau aktif. Sehinggakan ada seorang aunty cina itu menanyakan kepada emak saya susu apa yang beliau minum. Aduh damia achik nurul memang rasa nak pukul jer dengan perangai kamu. Tetapi disebabkan sayang yang mendalam disabarkan sahaja. Mana tidak pening beliau boleh main sorok-sorok dengan kami semua. Kalau hilanglah anak orang macam mana? Tolak troli itu jangan kiralah. Memang kuat tenaga beliau. Emak saya memang tidak kuat untuk menjaganya seorang diri.
Malam ahad di Econsave perkara yang sama diulangnya lagi. Tetapi ini lagi teruk kerana beliau boleh merangkak di tengah-tengah jalan. Beliau ambil bekas letak beras dan baling kebawah. Aduh mujur tidak pecah, kalau tidak opah terpaksa membelinya.
Malam isnin di Econsave lagi. Datang kesini kerana menukar barang yang tidak elok. Emak saya sudah pesan kepada kami semua supaya berjaga-jaga dengan pergerakkan beliau. Tetapi adik saya sambil bakul yang boleh tolak dan meletakkan beliau disitu lalu ditariknya. Damia sungguh takut. Menangis beliau. Emak saya tidak sampai hati melihat cucunya didalam bakul. Tetapi dengan berada di bakul beliau sangat baik perkerti. Alhamdullilah.. Ada juga benda yang boleh menakutkan beliau. Tetapi beliau bukan mudah serik. Bila disogok-sogok mahu masuk kedalam bakul lagi beliau tidak kisah malah ketawa terkekek-kekek. Seronok pula. Menangis apabila mendokong beliau. Seperti biasa opah beliau akan memujuk dan berkata akan membelikan bakul seperti itu. Baru berhenti menangis.

Seorang yang pintar
Bukan saya mahu memuji kepandaian beliau [walaupun nampak sikit puji yang TERlampau] tetapi saya memang kagum dengan daya pemikiran beliau. Apabila dicerakinkan abjad ABC dan 123 beliau akan mencantumkannya kembali. Tidak perlu siapa mengajarnya. Sudah tahu berkata-kata yang tidak dapat saya gambarkan [banyak mulut sebenarnya]. Sudah tahu mengajuk kata-kata orang lain. Susah juga kalau ada kata-kata -ve yang didengari beliau.

Kuat makan
Sumbatlah apa sahaja walaupun baru bangun dari tidur beliau akan makan dengan semagat. Bila ditanya mia lapar ker. Tak pernah cakap tak semestinya menjawab lapaq. Kalau orang melihat dari segi kekalutan makanannya mesti orang akan mengatakan emak saya tidak memberinya makan. Lagi satu kalau beliau bosan apabila disuap beliau akan cakap bahasa beliau dan mahu makan sendiri. Kalau makan sendiri makanan lagi banyak jatuh daripada masuk mulut beliau. Lagi satu kalau makan apa pun mahu dicicahnya dengan air ataupun sos. Aduhai mia makan donat cicah air teh o dan makan timun cicah sos cili.

Suka bergambar
Memandangkan kehilangan kamera saya dan sudah tidak sempat membelinya lagi semua gambar damia saya ambil mengunakan kamera telefon saya. Apabila beliau ternampak telefon terus memberinya kepada saya dan mulalah posing yang mengancam jiwa. Hahaha pandai pula buat apa yang disuruh. Tetapi apabila tiba di Ipoh, saya sudah membeli kamera baru. Lagilah posing beliau mengancam.

tambahan : Beliau memegang susu segar kakak ipar saya. Ibu beliau mengatakan ini bukan damia punya. Ini baby punya dah. Sambil tersenyum beliau mengatakan aby unyer.. Sedih juga beliau tidak puas lagi menyusu badan.



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP