Thursday, May 20, 2010

Sedetik di PUO

Disebabkan oleh status kawan saya ketika belajar di PUO dahulu mengatakan beliau kini di Benteng Taman Chempaka saya tiba-tiba tergerak hati menulis memori saya disana dahulu ketika bergelar seorang pelajar.

Rumah sewa pertama saya dalam hidup saya ialah ketika saya belajar di Poli. Mula-mula memang susah mahu menyesuaikan diri. Maklumlah kalau mahu jimat kenelah masak. Tetapi mana pernah kot saya masak ketika dirumah. Hanya setakat masak megi dan jerang air. Itu sudah cukup pandai bagi saya. :) Kami semua mengalami masalah yang sama. Jadi bersepakat selepas sembahyang maghrib kami semua akan keluar ramai-ramai menjamu makanan di BENTENG.
Benteng paling glamour dikalangan budak PUO. Makanan paling femes ialah NASI GORENG STENG. Steng tue ialah setengah tetapi amat penuh nasi itu dipinggan. Lepas makan tentulah saya malas kemana-mana. Penat menghabiskannya. Air kegemaran ialah fresh orangge. Kaw kaw pekat punya [bila masa berduit itu menu yang diminta:p]

Benteng banyak memberi kenangan kepada kami warga sari 16. Disitulah saya pernah terjatuh terjelepuk macam nangka busuk. Aduhh sudahlah banyak mamat-mamat kapal di situ. Dengan ketebalan kulit muka saya sempat saya menjeling lagi kepada semua orang yang sedang tergelak. [dalam hati hanya tuhan saja yang tahu]

Disini juga saya pernah kena ganggu dengan seorang senior DPU. Beliau peminat saya. [Pa bukti ada orang lain juga minat huda tahu] Siap dapat no telefon daripada kawan saya kot. [sampai sekarang saya tidak tahu siapa yang memberinya]. Asyik bermsg dengan beliau teringin juga mahu berjumpa beliau [mklumlah saya kan gedik]. Sebenarnya pertemuan ini disebabkan oleh nasihat kawan-kawan saya supaya berjumpa dengan beliau. Okey sedang enak saya makan beliau msg saya dan tergedik pula mengajak beliau ke sini. Tak sampai 5 minit beliau bertanyakan kedai mana yang saya sedang lepak. Wau gila excited mahu ketemu saya. Mulalah saya gelabah biawak. Ditenangkan oleh kawan-kawan setia saya. Beliau berpeluh-peluh kot. Orangnya putih tidak berapa tinggi [tinggi lelaki normal] dan berasal daripada Sarawak. Nama saya sudah tidak ingat. Lepas membayar beliau mengajak saya berbual. Tetapi dengan manis saya menolak perlawaan itu. Tidak putus asa beliau memohon simpati kepada kawan-kawan menunggu sebentar. Adakah patut beliau mahu dinner dengan saya setiap hari rabu. Hujung minggu mahu menonton wayang. Aduhh waraskah beliau? Terus saya senyap bila telefon dan msg bertalu-talu selepas itu. Baikkan Jahatkan saya.

Antara lain kenangan manis di sini ialah kami berlatih untuk persembahan kelas di padang bersebelahan dengan benteng. Harus kot tebal muka. Yelah mana tidak tebalnya orang sibuk bermain bola kami pula sibuk tergedik-gedik memikirkan step seterusnya. Tapi kerjasama antara kawan-kawan sekelas amatlah lumayan. Sayang kamu semua. Persembahan kami mendapat perhatian daripada penonton semua TETAPI untuk para juri kami hanya mendapat hadiah saguhati. Hahhahkkkk....

Sebenarnya banyak lagi kenangan ketika belajar di sana. Tetapi saya rasa cukuplah setakat ini dahulu. Kemudian hari saya akan cuba coretkan lagi. Rindu sangat dekat PUO kami semua. :)


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP