Monday, April 12, 2010

Sewaktu kanak-kanak

Hujung minggu lalu saya pergi kenduri doa selamat yang diadakan  oleh sepupu saya. Sibuk bergosip tentang anak2 mereka yang sebaya tiba2 sepupu saya memberitahu beliau sekarang tidak mahu anak lagi. Cukuplah sekadar 4 orang cahaya mata. Selintas itu saya teringkatkan kenangan lama.
Seperti biasa saya, adik saya emak serta arwah bapak saya pergi jalan2 menaiki motosikal. Tiba2 arwah memberhentikan motosikal dihadapan klinik bidan. Saya ketika itu masih kanak-kanak. Jadi bila pergi klinik mestilah emak atau ayah saya sakit. Emak saya turun motosikal dan berjumpa doktor. Emak saya membawa ubat berwarna kuning dan saya sangat susah hati takut apa2 terjadi kepada emak tercinta saya.



Bila sampai dirumah, saya terus terlupa akan ubat tersebut. Tidak terlintas di fikiran saya tentang sakit emak saya. Bila malam menjelma, sebelum tidur emak saya memakan pil tersebut. Terus saya bertanyakan kepada emak saya

saya : Emak apa ubat tue. Mak sakit ker? kena masuk hospital tak?
emak : Ermmm tak kena masuk hospital. Mak memang sakit jadi jangan nakal2 tahu. Kalau nurul nakal, lagi mak sakit.

Terus saya mengangguk. Saya tidak mahu duduk di rumah yang ada mak tiri tak pun dirumah anak yatim. Perangai saya begitu baik selepas itu. Sehinggalah saya menjejak dewasa saya sudah memahami apakah ubat berwarna kuning itu..

p.s : Kadang2 orang tua terpaksa menyorokkan rahsia tuuueettt kepada kanak2 supaya mereka tidaklah advance terlebih seperti keadaan sekarang ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP