Tuesday, April 13, 2010

masalah wanita

::Sesudah belajar::

Bila kita tamat belajar, semestinya kita harus wajib bekerja untuk berbelanja menampung hidup kita. Tetapi kadang2 tuah semua orang tidak sama. Dengan keadaan ekonomi sekarang susah mahu memilih pekerjaan. Dan mulalah suara sumbang berkata-kata dibelakang mengumpat . Keadaan ini sangat menyakitkan hati saya masa itu. Bayangkan menganggur setelah habis belajar dan keadaan masa itu memang tertekan. Saya tidak mahu lagi mana2 adik beradik serta ibu saya melaluinya. Harap dimakbulkan doa saya ini. Cukuplah hanya kenangan dahulu.

::Bila sudah pengang duit sendiri::

Bila sudah stabil dan pandai menguruskan duit gaji yang masyuk cukup2 makan , tekanan sekali lagi akan ditimpa oleh kaum hawa. Sanak saudara bertanya sudah ada yang punya ker? bila mahu jamu nasi minyak? dan lagi dasyat bila nak kahwin umur macam ini patut kahwin dah. Nanti jadi anak dara tua pula. Keadaan tersebut memang menyakitkan hati saya. Ibu saya juga turut terkena tempiasnya. Sangat kesian terhadap beliau sudahlah beliau ibu tunggal dan kata2 sanak saudara saya amat memilukan beliau. Bila kita sudah berpunya masing2 suruh mempercepatkan majlis. Tak baik anak dara keluar malam2 dengan lelaki. Saya amat menghargai nasihat mereka semua TETAPI perkahwinan bukanlah macam membeli baju. Banyak wang yang akan keluar nanti. Dengan keadaan saya kini biarlah saya stabil dahulu. Saya tidak mahu anak2 saya lalui keadaan yang kritikal sehingga susu pun tidak boleh beli.

::Bila sudah bertunang::

Majlis pertunangan diadakan dengan mengikat janji serta menetapkan tarikh bersatunya kedua mempelai. Selalunya orang selalu ikat 6 bulan atau satu tahun. Jangka masa itu cukup untuk menguruskan sebuah majlis dengan selesa. Tetapi apabila ada masalah sama ada pihak lelaki mahupun perempuan menangguhkan @ membatalkan majlis perkahwinan dan akan berlakulah kata2 belakang oleh teman rapat sanak saudara mahupun jiran2. Mulalah pandang serong kepada pihak pengantin perempuan. Dikatakan selalu buat hal. Aduhhh....

::Bila sudah kahwin::

Selesai majlis perkahwinan tentulah bulan madu selepas itu. Dan paling penting selepas bulan madu mulalah sanak saudara akan bertanya. Sudah berisi ker belum? Itu soalan lazim. Kalau sudah makan masa setahun belum ada apa2 hasil yang cemerlang mulalah dikatakan mandul. Suruh berubat cara kampunglah. Maklumlah zaman dahulu kala anak paling kurang 5. Dikatakan laman tidak subur. Kalau ibu bapa mertua yang teringin sangat mahu timbang cucu mulalah berhajat mahu menjodohkan anak lelaki beliau dengan orang lain. Akhirnya perempuan juga bakal merana

YA ALLAH kau jadilkanlah aku sempurna dari segi lahiriah dan batiniah. Aku memohon padaMu Ya Allah. Amin.

*Sekarang saya didalam zon yang berbahaya kerana orang bertanya bila lagi majlisnya. :(

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP