Monday, April 5, 2010

Nilai 3 + menculik emak :)

Sangat penat hari ini. Semalam saya pergi Nilai 3 bersama emak akak dan lalink. Jumaat lalu emak saya pergi mengikut rombongan orang kampung ke Melaka. Sebelum balik ke Taiping bus tersebut singgah di Nilai 3. Jadi saya sepakat bersama kakak mahu menculik emak di Nilai. Sekarang emak saya berada di rumah kakak saya. Sungguh happy. :) Takdelah sangat saya merindui emak saya.

Semalam sangat kesian pada lalink kerana beliau tidak tidur pada malam kemarin. Sangat kesian melihat matanya yang layu kekurangan tidur. Disebabkan untuk mengambil hati saya kakak dan emak beliau sanggup. Sangat terharu sekali. Berjalan-jalan membeli apa yang patut.

Sampai di Shah alam [rumah akak saya] terus saya tidur. Lalink pulang kerumah beliau dan berjanji mahu menjemput saya malam nanti. Kesian lagi sekali lalink terpaksa berulang alik lagi sekali.

TERIMA KASIH YA SAYANG..:)

p.s : tak sabar tunggu hujung minggu kerana mahu makan masakan emak saya. Sanggup akak saya membeli dapur semata-mata tidak mahu emak saya boring di rumah.
p.s : pandai juga saya bargain tak sangka saya dapat membeli barang dengan harga yang murah.
p.s : hari ini abanglong kak wani hajar dan damia ke genting dan saya tidak ikut kerana tidak memohon cuti disebabkan kerja yang ada.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP