Thursday, April 15, 2010

Masih boleh berdiam diri lagi!!

Saya ada seorang kawan. Dahulu saya suka berkawan dengan beliau. Tetapi ada beberapa perkara saya tidak suka sifat dah tingkah laku beliau. Kawan saya yang lain selalu mengadu tentang peragai mengada-ngada dan tergedik-gedik beliau. Saya rasa itu mungkin sifat semulajadi beliau. Maklumlah saya kenal beliau pun bukanlah lama sangat. Dengan itu saya tak boleh adili beliau dengan mendengar kata-kata kawan saya.

Tetapi makin hari makin menyampah pula saya. Dengan sifat beliau yang tergedik-gedik, mata duitan, sombong, bongkak itu membuatkan saya mual mahu berkawan rapat dengan beliau. Saya cuba menjauhkan diri tetapi bukanlah tidak bercakap dengan beliau. Masih lagi dalam erti kata kawan. Dengan satu perbuatan beliau terhadap saya terus terang saya menyampah yang amat dan dari hari itu sata tidak menegur dan kalau boleh tidak mahu bercakap dengan beliau. Ini sudah sampai tahap menyampah saya yang ketara.

Hari isnin lepas, saya mendegar kawan saya kata beliau mengadu tentang tindakan saya untuk menjayakan program hujung minggu. Ehh bai, kalau ko tak mahu join jangan mengata belakang kot. Kata depan aku nih. Aku yang ajak tetapi kalau orang yang aku invite tue kau tak suka, so kau jangan join tahu. Aku punya suka lah. Lagi pun ada aku guna kereta kau. Ada aku guna barang-barang kau yang aku nak masak untuk program tue. Bai, ko kena ingat tak semua tingkah laku kita, orang suka. Kau kena selalu ingat itu. Tahu tau bai.....

Semalam, saya telah membuat satu barang yang saya nak sangat bagi kat lalink saya. Dengan berbesar hati saya menunjukkan kepada kawan saya. Mahu komen benar yang lahir dari hati beliau. Tak pasal-pasal si minah ini mengintai tengok lalu menjuihkan bibir. Bai, ada aku suh ko tengok ker bende nih. Aku tak suruh kau kan. Pasal apa kau mahu tengok. Aku tak harap dengan komen kau lah. Komen daripada seorang pendengki yang tidak puas hati dengan orang lain tak perlu diambil kira. Tetapi mimik muka menyampah beliau memang tidak dapat saya terima kot. Sangat benci tahap KLCC. Muka biawak kamu tak perlu tunjuk kat aku kot. Tak perlu okehhhh!!

Hari ini, tak pasal-pasal blog saya dicemari dengan maki hamun saya kepada beliau. Saya benci beliau sangat Titik.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP