Thursday, February 11, 2010

Nysa bufdae + Asrul farewell party...

Semalam,

Pulang daripada kerja terus ambil nysa dan pergi beli tshirt merah. Tema malam ini merah dan saya tidak pernah ada simpanan baju merah. Nysa beli baju die. Haruslah bufdae girl bergaya. Selepas itu terus ke Bukit Raja. Niat dihati mahu beli tshirt untuk saya seorg diri tetapi otw lalink col dan meminta sehelai tshirt merah daripada saya. Alamak duit saya tidak cucuk lagi daripada bapak rimau jadi saya tidak berjanji dengan beliau. Sampai sahaja jam menunjukkan pukul 7:20p.m. Memang lambat kerana Klang selalu sangat sesak dengan binatang kaki empat. Tidak lama mengambil masa. Ok dapat tshirt untuk saya dan lalink. Nysa pergi watson dan dari jauh saya terpandangkan tempat oly (kawan lalink) bekerja. Nysa mahu mengajak beliau. Ok misi mahu mengacau. Maklumlah kami berdua sahaja. Punyalah control oly tak hinggat. Tetapi pergaulan kami terbatas kerana dari jauh awek beliau usha tajam sahaja. Maaf kami tak kacau boyfie awak yer. Dia kawan boyfie kami. Terus kami gerak dari situ. Semasa pulang nasib baik tak ada jem yang teruk.

Restoren Bagan Port Klang.
Memandangkan bukan malam minggu jadi tidak ramai pelanggan. Suasana agak terkawal kerana saya masih malu2 kucing dengan mereka yang hadir. Ada muka baru yang saya memang tak kenal. Kesemuanya termasuk saya 15 orang kalau tidak silap. Makanan sedap tetapi ketam dia pedas lah pulak. Nasi goreng habis bila saya mahu senduk dalam pinggan saya. Cian hilmi kene order lagi semangkuk nasi goreng. Serius saya katakan saya begitu kekok dengan orang yang hadir. Nasib lalink mengawal emosi saya yang begitu pemalu. Isi perut sudah. Tetapi lalink saya belum habis lagi melantak. Beliau memang pantang tengok makanan tak habis ini. Mulalah nak habiskan. Sebelum pulang sekeping gambar diambil sebagai kenangan. Nysa sudah 24 tahun dan asrul mahu ke UK.

Kamal corner
Dalam perjalanan pulang saya mengajak lalink ke i-ct. Memang cantik. Bertambah lampunya. Bilalah saya dapat bergambar disini lagi. Lalink berjumpa kawannya di dataran. Selepas itu terus berjumpa capang. Capang pulak mengatal dengan kawan2 saya. Jadi kitorang pergilah minum. Maklumlah sessi beramah mesra antara capang dengan kawan2 saya. Boleh kot capang bahasakan diri sebagai abang. Auuwww geli nokkk. Semakin lama lepak semakin penuh meja kami. Sorang sorang kawan lalink datang. Jam sudah pukul 1:30a.m mata dah berat mahu tidur sahaja. Tiba2 kak zakiah ternampak kawannya. Boleh kot kawan beliau ikut rapat dengan kereta capang. Uishhh kalau suka cakap suka jangan main tarik tali. Kesian kakak umah saya ini. Kalau ajak keluar semedang ada hal. Bila kak zakiah keluar dengan saya dan lain2 tahu pula marah. Ouuuiisshhh lelaki.

Saya lupa mahu membawa camera jadi tiada sekeping pun kenangan. Sungguh sedih lah..

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP