Wednesday, December 30, 2009


Semakin hari umur semakin berganjak. Lagi 2 hari saya sudah 25tahun. Alahai tuanya saya. Bila lagi mahu berkahwin. Selalu sahaja pergi meraikan perkahwinan kawan2 saya bila lagi masa saya. Bila bertanya kepada lalink dengan jawapan selamat dia menyatakan belum tiba masanya. Perkara ini akan berlarutan sehingga kami berdua bergaduh. Antara kata2nya
                               
  • Belum puas enjoy lagi zaman muda maklumlah baru berusia 21tahun
  • Kereta beliau belum cukup rare lagi. Harus audio paling power.
  • Bercita-cita untuk mengambil kembali moderno tembikai susunya.
  • Kalau boleh kereta impian Evo harus dimiliki sebelum berkahwin.

Habis sampai bila saya harus tunggu??
                                        
  • Saya sudah 25tahun 2 hari lagi.
  • Saya sudah berkedut di muka. Maklumlah umur semakin meningkat.
  • Emak saya sudah bising kerana tiada perancangan berkenaan kami berdua.

Untuk mengelakkan emak saya risau keadaan saya, saya memberitahu saya mula menyimpan wang untuk majlis tunang kelak. Biar emak saya tenang dengan persiapan saya lakukan. Tetapi bagaimana keadaan dirinya?

Kereta
kereta
dan kereta

Senang2 biarlah beliau berkahwin dengan kereta dan saya menyuruh emak saya mencarikan jodoh yang sesuai untuk saya.

Bolehkah?

pening lalat sudah

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP