Monday, July 26, 2010

Plaza peransang

Okey malas cerita pasal sedih-sedih lagi. Baru-baru ini tuntutan kerja menwajibkan saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri di Plaza Peransang. Okey memang mudah mendapat bantuan daripada guard disitu. Maklumlah mana pernah ke sana. Orang disana sangat baik dan sopan santun. Kekalkan. Saya kagum. Setelah habis urusan disitu harus ke tempat parking kereta. Masalah utama saya ialah saya tidak nampak mesin membayar parking. Bila diselidiki autopay nya di bawah [P3]. Total yang dikenakan RM1.60. Jadi saya meneruskan usaha membayar. Namun gagal kerana duit saya amat buruk [tidak mungkin cetak rompak]. Saya memberi laluan kepada orang lain. Biarlah mereka dahulu. Saya tak apa. Bia lambat asal selamat [ada kene mengenakah?]

Tiba-tiba sewaktu saya ingin melunaskan bayaran parking ada seorang pakcik nih kata duit tak dapat pulangan. Jadi cik kene masukkan syiling. Dengan santun saya mengatakan saya tidak mempunyai syiling yang cukup. Jasa pakcik tersebut memberikan syilingnya kepada saya. Terkesima. orang disini memang baikkah?

Tiba masa untuk ke kereta yang diparking tidak tahu dimana. Saya sudah hilang kewarasan ketika itu. Memang tanda-tanda kereta saya tidak ada. Dengan baik saya menegur seorang encik disitu. Sungguh baik budi pekerti encik itu menunjukkan keadaan parking yang saya maksudkan. Memang saya kagum dengan pekerja-pekerja kerajaan di Plaza Peransang.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP