Friday, June 18, 2010

Mencari ketenangan hakiki

Semalam saya sudah melakukan solat istikarah untuk pertama kali dalam hidup saya [saya memang jarang sangat melakukan solat sunat melainkan solat lima waktu]. Saya menghubungi kawan saya menanyakan bagaimana caranya untuk melakukan solat tersebut [agak malu juga diri ini]. Masa disekolah dahulu saya memang tidak pernah mempraktiskan solat tersebut hanya belajar teorinya sahaja.

Alhamdulliliah kawan saya sudi menunjuk ajar saya mengenai solat tersebut. Hati saya sekarang mulai tenang sekarang. Tidak lagi seegrasif dahulu. Diharapkan ketenangan ini kekal sehingga akhirnya walaupun setelah tiga [3] minggu berlalu.

Saya amat berharap semoga selepas tiga [3] minggu hubungan kami kian pulih seperti sedia kala. Kalau bukan saya diciptakan daripada tulang rusuknya, saya harus akur bahawa beliau bukanlah jodoh sebenar saya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP