Tuesday, June 8, 2010

Maha dugaan

Dugaan cinta datang dan pergi. Dengan dugaan inilah dapat meningkatkan keyakinan dan keteguhan hubungan kaum adam dan kaum hawa. Saya juga melalui kegentingan hidup berkasih. Dugaan perhubungan saya dengan lalink seperti pasang surut. Tetapi kami walau maha berat bergaduh pun hanya sehari. Syukur ke hadrat Illahi kerana menemukan saya dengan beliau. Cukup, saya hanya mahu lalink saya sahaja di dalam hidup saya. Sudah puas hati kalau kami ke jinjang pelamin.

Ahad lalu, saya sangat bersedih hati. Hati saya terguris disebabkan kata-kata beliau. Sungguh saya cuba yakinkan diri saya yang berkata-kata itu bukan beliau. Tetapi disebabkan perkara-perkara yang wajib ditempoh, lalink sanggup melepaskan saya pergi. Dengar sahaja kata-kata itu air mata saya berjujuran lebih dasyat semasa saya menangis menonton Lagenda Budak Setan. Terdetik di benak fikiran adakah beliau sudah memiliki sesorang dibelakangnya. Sudah mempunyai kekasih hati yang baru. Masa itu perasaan saya bagaikan mahu gila. Memang tidak sanggup melepaskan beliau pergi setelah hampir tiga (3) tahun kami bersama.

Sebab musababnya beliau melepaskan saya pergi hanya kerana beliau tidak mampu menunaikan janji yang termeterai antara saya dengan beliau. Saya mahu beliau berjanji bahawa cukup hujung tahun ini saya mahu beliau menghantar tanda kepada keluarga. Bukan memaksa beliau meminang saya tetapi cukuplah kiranya hampir tiga tahun bergelar pasangan kekasih mahu pula digelar sebagai tunangan orang. Ini juga disebabkan umur muda saya yang melanjut.

Tetapi disebabkan hal yang tidak dijangka terjadi beliau binggung memikirkan cara bagaimana mahu memujuk saya supaya menunda dahulu pertunangan kami. Semasa saya pulang ke kampung TERchinta sewaktu cuti wesak dahulu beliau ada bagi hint. Saya fikir beliau cakap tidak bermakna. Beliau ada menyuruh saya berbincang dengan emak saya supaya pertunangan kami ditunda. Beliau berjanji mahu dilangsung pada tahun depan sahaja. Saya yang tidak tahu asal usul seperti biasa kata-kata nista terlempar. Aduh adakah ini disebabkan saya terlalu mengharap pertunangan ini terjadi pada tahun ini?

Bila berbincang dengan emak saya dengan berat hati beliau bersetuju. Yalah mana emak yang sanggup melihat anak-anak berkahwin di usia yang meningkat naik. Saya ingat kes ini sudah selesai. Tetapi beliau masih berada didalam tekanan lagi. Usaha beliau mahu membuka bengkel tidak mendatangkan hasil. Dugaan lagi bagi beliau. Saya tidak mengambil pusing itu semua.

Beliau menceritakan mengenai masa depan beliau yang tidak nampak lagi. Kerjaya yang beliau idamkan sudah hancur. Jadi rancangan janji kami nampaknya TERkubur sahaja. Berderai air mata saya apabila beliau sanggup melepaskan saya kerana mahu melihat kebahagian saya akan datang. Beliau sanggup hidup tanpa saya dan akan membawa diri ke selatan Malaysia. Aduhhh..... memang tragislah. Saya memang tidak sanggup. Beliau tidak nampak jalan lain melainkan melepaskan saya pergi.

Sebelum beliau memberitahu saya mengenai hal ini, beliau ada memberitahu abang beliau. Abang beliau sanggup meminjamkan duitnya hanya untuk majlis pertunangan kami. Tetapi ini bukan yang diharapkan beliau. Beliau mahu berdikari sendiri.

Perkara ini saya sudah beritahu emak pagi tadi. Mulanya emak agak sedih tetapi dengan sifat degil saya yang hanya mahukan WAN AZFAR menjadi pasangan saya emak terpaksa akur. Tetapi emak agak ragu-ragu jikalau akan datang beliau sudah tinggalkan saya. [emak doakan ami dengan aspa kekal untuk akhir hayat mak]. Agak tenang rasa hati apabila kes ini selesai. Semalam sebutir nasi pun tidak masuk dalam mulut saya. Badan saya lemah air mata bercicihan. Malu sangat bila teringat saya boleh menangis semasa menunggu komuter saya. [agak-agaklah kot nak nangiskan]. tetapi malam semalam snake plate terpaksa saya jamah disebabkan suruhan keras oleh beliau. Boleh pula beliau memberitahu emak beliau yang saya tidak makan nasi lagi. Aduh lalink sifat jagaan terlampau kamu itu yang saya suka.

Mahu semua derita ini hilang dan berdoa akan datang tidak lagi dugaan seberat ini saya hadapi.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP