Tuesday, May 4, 2010

Dia yang ragu-ragu. Saya yang keliru

Hidup-hidup saya kene tipu dengan beliau. Mana tidaknya selama seminggu saya merasakan kekurangan diri saya pada mata beliau. Sampai dua orang skandal beliau ada. Sangat sedih. Sangat menyentuh jiwa halus saya ini. Sepanjang minggu lalu saya tidak bermaya. Hanya berlakon hidup ceria di mata kawan2 rumah saya.

Kisahnya begini,
Dalam perjalanan ke rumah nurul dan koe beliau bertanyakan tentang kawan2 lelaki saya. Beliau menanyakan adakah saya curang di belakang beliau. Beliau mahukan kepastian. Sejujurnya sejak saya bersama beliau ramai kawan2 lelaki saya jauh hati dengan saya. Mengatakan saya bukan huda yang mereka kenali dahulu. Perangai dan tingkah laku saya pergaulan saya sudah berubah 100%. Yalah saya mahukan hubungan saya dengan lalink kekal hingga akhir hayat saya. Saya tidak mahu kisah2 lampau berlaku lagi di kala umur saya yang sudah genting ini. Selepas itu, beliau mengatakan beliau pernah mempunyai skandal semasa saya dengan beliau bergaduh [gaduh kecil2 kot takkan mahu pasang skandal]. Sangat kecewa dengan kejujuran beliau. Bukan saya malah dua orang sekali. Beliau mengatakan beliau berjumpa skandal beliau dimalam hari selepas saya tidur. Berjumpa di CLUB. Saya memang tidak dapat terima kenyataan ini.

Tiba di rumah nurul dan koe, saya langsung tidak bertegur sapa dengan beliau. Sumpah terguris hati. Saya tidak mahu balik ke rumah. Saya lengah-lengahkan masa berbual dengan ika dan nurul. Jam menunjukkan pukul 2:00 pagi dan saya memang sudah penat berbual. Nurul mencadangkan tidur dirumahnya. Saya terima cadangan beliau dengan hati yang terbuka. Keesokkan paginya kami pulang ke Shah Alam. Dalam kereta saya hanya mematungkan diri. Rasa cenggang berbual dengan beliau.

Hubungan kami dalam masa seminggu ini memang berliku-liku. Ada saja benda yang membolehkan saya marah. Hari sabtu, saya menunggu beliau dirumah kerana saya sudah berjanji dengan beliau untuk menemani beliau ke rumah kakak angkat beliau. Mahu melihat ciptaanNya yang baru sebulan di muka bumi ini. Tetapi malangnya beliau sudah mungkir janji. Beliau belum siap lagi sedangkan saya sudah siap nangis2 baca novel.  Saya malas menunggu terus pergi ke rumah akak saya. Hampir di tempat yang dituju, beliau menelefon saya dan menyuruh saya pulang balik kerumah. Apa kejadahnya mahu pulang balik. Sudahlah penat menunggu dan mengharungi jalan yang sentiasa sesak membuatkan kesabaran saya tipis. Maki hamun antara kami berlaku. Sangat sedih tidak terkira.

Kemudian beliau menelefon kakak saya dan menjelaskan kenapa beliau bertindak demikian. Beliau mengatakan beliau ragu2 terhadap hubungan saya dengan beliau. Dengan mengatakan beliau mempunyai skandal saya pula akan menerangkan saya juga mempunyai skandal. Itu pendapat beliau. Nonsense!

Aspa, kamu kenalkan tahap kemarahan saya macam mana? Benda ini tidak boleh di buat main2. Sekali di tipu saya tidak akan percayakan kamu 100%. Kakak saya memujuk saya dengan mengatakan beliau sangaja menduga saya. Terimalah kemaafan daripada pihak beliau. Menyesal saya membazirkan air mata saya sepanjang minggu lepas.

Huiiiisshhhh. Sekian luahan hati saya;)

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP