Monday, April 26, 2010

BROGA HILL

Pada jumaat lalu lalink telefon mengatakan hilmi mahu mengajak beliau bersama saya untuk mendaki bukit BROGA. Seperti minggu lalu juga hilmi mengajak kami berdua tetapi disebabkan ada urusan yang penting maka kami tidak turut serta. Jadi pada minggu lepas sebarang alasan lalink tidak diterima oleh hilmi.

Pukul 11:00 malam (jumaat 23 april 2010) lalink menjemput saya mengatakan kami akan bergerak ke Semenyih Selangor. Saya sekadar bersiap ala kadar kerana sebelum itu saya keluar bersama teman serumah. Packing barang yang diperlukan [nasihat daripada nysa ramly] gerak ke KJ. Jumpa di depan rumah hilmi dan bergerak mencari Hotel disekitar Semenyih. Dalam sekitar pukul 2:00 pagi tidur-tidur ayam kerana keadaan menakutkan saya. Pukul 4 lebih pagi bangun dan bersiap. Gerak pukul 5:30pagi. Berhenti dahulu kerana lalink mahu membeli air panas.[tongkat ali] Pukul 6:oopagi bermulalah sessi mendaki bukit untuk menawan puncak Broga.

Tiba di 1st peak lalink memang sangat lemah dan letih. Sangat kecian melihat beliau. Beliau mengikut saya kerana saya begitu teruja mahu kesitu. Saya menemani beliau disitu. Beliau membebel seorang diri. Saya hanya melihat orang ramai mendaki untuk meneruskan perjalanan mereka. Terdiri daripada berbilang kaum. Lalink memberitahu saya inilah kali pertama dan inilah kali terakhir beliau mendaki. Ini disebabkan beliau terlalu penat. Saya hanya mendiamkan diri. Lama tak lamalah saya disitu sehinggalah matahari pun terbit. Sangat cantik pemandangan pagi ciptaan Allah.


Selepas itu, lalink sudah malas mendaki. Berhasrat mahu menunggu yang lain disini sahaja. Tiba-tiba hilmi menelefon lalink dengan mengatakan beliau dengan yang lain berada berdekatan kami sahaja. Oleh itu, lalink dan saya mendaki lagi kearah mereka semua.




berada di puncak..yeahhh

tabik


<3





Inilah pengalaman saya semasa di BROGA HILL

*saya sakit sangat badan-badan sehinggakan mahu membuka baju pun tidak larat
*lalink digelar 'aspa tongkat ali'
*sangat terharu kerana lalink sanggup bersusah payah mendaki bukit ini kerana saya
*tq Hilmi kerana menaja penginapan untuk kami semua
*nysa bagi saya kasut merah.Cantik sangat;)tq nysa

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP