Monday, January 4, 2010

kurangnya komunikasi

Adakah kurangnya komunikasi punca keretakkan sebuah hubungan?


Saya berdebar-debar kalau hubungan yang terbina sudah menjangkau 2 tahun ini hilang begitu sahaja. Memang tidak dinafikan kurangnya komunikasi antara saya dan lalink mejadikan saya begitu tertekan. Bila saya free dia pulak yang bz. Dan begitulah sebaliknya. Bila sesuatu yang saya lakukan tanpa pengetahuannya mulalah beliau merajuk dan mendiamkan diri. Habis macam mana lagi hendak saya beritahu selalau sangat sibuk. Takkanlah sepanjang cuti yang panjang baru2 ini saya hendak duduk dirumah sahaja. Saya ada kaki jadi apa salah saya melangkah keluar bersama rakan pergi menghabiskan cuti saya.

Dahulu,

Saya dan beliau selalu menghabiskan masa bersama-sama tidak kiralah berdua bertiga ataupun beramai-ramai. Sungguh seronok waktu itu. Tetapi kini, bercakap ditelefon pun selalu membangkitkan kemarahan saya. Tentulah saya yang marah kerana saya macam patah kaki duduk di rumah sahaja walaupun kelisa saya sedia berkhidmat untuk saya. Bila ada kenduri barulah beliau membawa saya tapi itupun hanya kenduri tidak berlarutan sahingga ke malam hari. Bila menginjak waktu makan beliau hanya menghantar nasi bungkus sahaja. Tidak seperti dahulu ada masa untuk membawa saya pergi makan bersama. Saya teringin sangat berjalan berdua-dua pada hujung minggu. Bukanlah saya tamak untuk tidak membawa kenalannya bersama. Tapi, sebagai wanita diri ini perlu kasih sayang tidak cukup hanya wang ringgit sahaja. Diri saya memerlukan perhatian dari dirinya.

Saya selalu sahaja marah dengan perhatian yang terlebih diberikan olehnya untuk kereta dan juga kawan2nya. Kalau begitu kahwinlah dengan kawan2 tak pun dengan keretanya. Hadiah saya tidak diberinya tetapi sport rim baru untuk myvi rm3k. Mana saya tidak kecewa. Saya tidak mengharapkan hadiah sehingga 3k tetapi cukuplah makan malam yang indah hanya untuk kami berdua sahaja. Susah sangatkah dirinya.


Saya menjadikan blog saya tempat lepaskan atom saya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP