Tuesday, December 1, 2009

sepanjang cuti aidiladha 1430


Kosong sangatlah tak tahu nak coretkan ape arini. Yang pasti hari ini saya lunch dengan lalink saya lagi. Yelah 5 ari tak jumpa mestilah rindu terlebeykan...owhh plzzz gedix rindu plak saya. Saya sangat penat sepanjang cuti ini. Raya saya macam biasa tetapi saya sangat sedih coz tak pergi ziarah pusara ayahanda terchinta. Saya raya kat kampung ini pun sebab abang saya tak balik dan sedih plak klu raya berempat. So mak saya buat keputusan beraya di kampung. Di pagi raya afta sembahyang raya abis seluruh pelusok kubur makcik saya tok saya sepupu saya jelajah. Balik daripada kubur terus saya melantak bagaikan tidak makan seminggu. Kredit kepada kakak2 sepupu saya yang pandai sangat masak. Mee kuah sangat sedap dan penuh dengan binatang2 sehingga tangan saya gatal. Kulit second hand selalu alergic.

Keesokkan harinya saya straight ke Ipoh. Makcik wat korban. Makan nasi daging. Masakan kegemaran familly Ramlan. Damia pun ada jugak. Sangat manja dengan opah iaitu mak saya. Tak habis2 opah die jer. Yelah die sorang jer ada opah. Muka fotostat opah die tau especially rambut tue.. Suka buat orang marah dia. Bila kena marah dengan saya pergi ngadu dekat opah. Habis setle makan dan mengumpat berbual balik taiping. Malam tengat midnight New Moon. Citer nih tak berapa besh berbanding no 1. Edward nampak sangat tua. Sebelum muvie stat saya bergaduh tempat duduk. Nak dapatkan feel lah katakan. Akhirnya saya beralah dengan kakak saya. Dapat pahala malam tue. Ahakzzzz

Bangun pagi  (ahad) bersiap sedia pergi kenduri bekas jiran saya. Dah lama tak jumpa mereka sungguh lainlah. Saya jugak yang maintan cun  kecik. Sessi memujuk kakak ipar saya bagi membenarkan damia tinggal sekejap di taiping. Pelbagai alasan diberikan. Kecian dekat kak wani coz mornink sickness. Kecian dekat damia pagi2 kena pergi kerja umah opah manjoi. Yeeeesssss akhirnya.... kak wani setuju. Dia tinggalkan damia sehingga hari selasa. Malam isnin damia terjaga 2 kali. Sangat susah sebenarnya menjadi ibu. Terganggu tidur saya. Damia sangat buas ketika tidur. Macam achik nurul aunty suelah.

Isnin saya pulang ke Shah Alam. Damia sangat gedix sempat lak kacau baby umo 2 tahun. Yang die tue baru 1 tahun 4 bulan. Sangat sedih tinggalkan Taiping. Hoooooohhhh kembalilah ke jadual asal. Kerja dan Tido.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP