Monday, December 7, 2009

mimpi yang menakutkan

Sebelum tidur saya sentiasa basuh kaki dahulu. Itu petua orang tua2. Ini untuk mengelak daripada mimpi merapu yang dinganggu syaitan. Kadang2 amalan zaman berzaman ini haruslah diikut. Tapi, hari ini pukul 4:50am saaya bermimpi. Sangat takut tahu. Harap tidak menjadi kenyataan. Saya bermimpi emak terchinta saya pergi meninggalkan saya. Dalam mimpi itu tiada siapa memberitahu saya. Selepas seminggu barulah berita kematian emak saya dikhabarkan oleh sepupu saya. Sampai dalam mimpi pun saya menangis tersedu sedan tahu. Tiba2 saya terjaga saya bermimpi rupanya. Tetapi ustaz ada bagitahu kalau mimpi pukul 3:00am ini bukan gangguan syaitan. Harap apa yang saya mimpi itu tidak menjadi kenyataan. Terus saya capai telefon hubungi emak saya. Malangnya emak saya masih tidur. Pukul 7 lebih emak saya menghubungi saya kembali dan saya memohon maaf dan saya menceritakan tentang mimpi tersebut. Dengan tenangnya emak saya memberitahu bahawa berkemungkinan emak akan makan besar. Yer tak orang tua kan banyak tafsiran mimpi. Kalau mimpi orang meninggal orang berkenaan akan mendapat habuan yang lumayan.

Saya sudah alami keadaan bahawa saya telah kehilangan bapak terchinta saya 3 tahun lepas. Oleh itu saya tidak mahu keadaan tersebut terjadi lagi. Saya belum kuat untuk berdiri diatas kaki sendiri. Saya masih memerlukan orang tua untuk mengawasi diri saya agar saya tidak tersasar jauh. Ya Allah kau panjangkanlah umur ibuku iaitu Normadiah Mahyuddin. Amin.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP