Monday, November 9, 2009

Berhujung minggu 7&8hb


Bila jumpa hari sabtu dan ahad mesti saya akan muatkan dengan aktiviti2 yang saya gemari. Sabtu / 7hb nysa my besh babe datang kerumah sewa saya. Hooorraayyy. Lama betul tak jumpa beliau. Rindu rasanya nak jumpa beliau. Rindu mahu mengumpat lepak bersama.

SABTU 7HB 11

6:45a.m : Bangun pagi solat dan terus bersiap untuk jogging bersama roomate saya. Argghh sungguh semangat kerna sudah lama saya tidak berjogging. Mahu membuang lemak2 lengan saya. hahaah

9:30a.m : Pulang kerumah dengan kekejangan otot. Sangat sakit. keluar bekfas. Hua kenyang. Milo ais roti kosong. Cukup mengembalikan lemak tenaga saya.

11:00a.m : Basuh baju yang seminggu saya tidak basuh. Agak penat menyental baju saya. Ahhhhh tangan dah kasar.

2:30p.m : Lalink ajak saya menemani beliau. Saya berjalan di Ara Damansara.

6:00p.m : Balik rumah. Memang tak sabar mahu menonton perlawanan bola sepak. Saya penyokong KELANTAN. Tapi malam itu, memang teruklah cara permainan kelantan. Negeri Sembilan sahaja yang attack bola.

10:00p.m : Disebabkan corak permainan pasukan KELANTAN tidak bagus saya menonton cerekarama. Payung Siti Fatimah. Memang agak tidak logiklah seorang isteri meminang perempuan ex-girl suami untuk dijadikan madu. Memang tabahlah Siti Fatimah ini. End up dua2 meninggal dan suami menjaga kedua2 orang anak. Sangat chomel Ako Mustapa melakonkan watak suami.

10:45p.m : Nysa datang rumah saya. Sangat seronok.

12:00a.m : Masak nasi goreng. Laparlah pulak. Makan bersama huda, nysa dan wan. Kak Zakiah sudah tido.

1:00a.m : Masa mengumpat tido.

AHAD 8HB 11

6:30a.m : Bangun solat. Tidur balik.

9:30a.m : Turun bawah. Huda tengah memasak. Saya menolong apa yang patut.

10:00a.m : Pergi seksyen 2 print project akhir nysa. Memang mahal. Peniaga memang ambil untung sangatlah. Padahal tidaklah luak pun ink anda.

2:15p.m : Pergi nonton movie PISAU CUKUR bersama nysa, kak dida, huda, kak zakiah dan lalink saya. Lokasi pilihan kami ialah Tropicana City tetapi GSC Tropicana tiada tayangan pisau cukur. Beralih arah lantas ke Cineleisure.





3:00p.m : Perut minta diisi. Memang wajib lapar. Bekfas tadi tidak menjanjikan kekeyangan berpanjangan. Pegi mencari kedai yang menjual nasi. Dah tak lalu asyik makan fast food jer hujung minggu. Saya sudah lupa nama restoren itu. Makanan memang sedap + banyak sesuai untuk lalink saya + murah.





5:40p.m : Masa untuk menonton pisau cukur. Ohh my jimmy choo. Besh sangat. Gedix+Nakal+Seronok untuk ditonton.

8:00p.m : Masa makan malam. Lokasi pilihan lalink saya seksyen 24. Hilmi dan gazi turut serta setelah hampir seharian lalink saya ditemani oleh gadiz2 sahaja.

11:00p.m : Pulang kerumah. Bersiap sedia untuk tidur. OMG esok kerja. Sangat tidak suka.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Pelawat

Peneman saya

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP